Ramadhan & Alfalfa Complex

Assalamualaikum semua!

Hari ni dah masuk hari ke-2 Ramadhan 1435H. Macam mana puasa korang setakat ni? Ada tak yang ambik Alfalfa Complex setiap hari dan bila puasa ni tak tahu masa yang sesuai untuk makan?

Meh saya bagitau..tapi ni pendapat peribadi saya la ye. Saya cuma kongsi apa yang saya rasa.

Di bulan biasa saya selalunya saya consume Alfalfa Complex 5 biji pagi sebelum sarapan & 5 biji malam sebelum tidur. Jadi di bulan puasa ni saya tukar sikit caranya. Saya tak consume 5 biji Alfalfa Complex masa sahur. Saya cuma consume 5 biji sebelum tidur. Paling kuat pun saya consume 10biji terus sebelum tido.

Kenapa saya tak makan Alfalfa Complex masa sahur?

Kerana saya pernah cuba cara begini dan sepanjang puasa siang tu terasa sangat-sangat haus! Nak minum air buat hilang haus tak boleh. Memang jadi kering sangat-sangat bibir. Alfalfa Complex ni panas macam jamu dan sangat elok untuk buang toksin dalam badan, itu yang bila kita makan kita perlu minum air dengan banyak untuk membantu proses detoksifikasi. Takde air, memang berak keras juga la kita. Hehe.

 

wpid-Holiday-Best-Friends.jpg

 

Anyway, malam saya makan 5 biji Alfalfa Complex sekali dengan 4 biji Ostematrix. Hasil gabungan 2 ni memang terbaik la. Sangat lancar proses detoksifikasinya. Haha. Lagipun Ostematrix ni membantu sangat untuk memberi tidur yang lena & mengurangkan kekerapan terjaga. Nak nak dalam bulan puasa ni asyik la tak cukup tidur kan..

Psst..set yang sama juga saya tak pernah miss bawa semasa balik kampung & bercuti.

 

Salam sayang,

 

HUDA MAHMUD

Shaklee ID No.: 928995

012-2794197

huda.mahmud@gmail.com

Advertisements

Anxiety, Stress, Depress…

Assalamualaikum,

 

Orang yang stress, ada anxiety & depression (kemurungan) bukan mudah nak sembuh. Ini penyakit psikologi yang sebenarnya memberi kesan pada keadaan fizikal badan. Kalau setakat demam, batuk, resdung mungkin mudah mencari penawarnya & cepat sembuh. Tapi bagi orang yang macam kami, penawarnya tidak mudah (walaupun tidak susah) dan bergantung kepada MASA.

 

Macam saya, 6 tahun saya stress dengan kerja. 6 tahun juga bermacam penyakit saya dapat secara fizikal. Kemuncaknya adalah bila saya anxiety. Kalau saya takde anxiety mungkin saya tak sedar saya stress sebenarnya. Kenapa saya tak minta bantuan masa saya stress dulu? Sebab saya seronok dengan kerja saya, jadi saya merasakan stress adalah parts & parcels of life. Tidak saya sedari sebenarnya ia menyebabkan saya sakit.

 

Bila dah ada anxiety ni, it comes & goes. But it will be there always. Sebab tu siapa yg ambik ubat Xanax, dia akan sangat dependent on the drugs. Walaupun ia tidak baik untuk jangkamasa panjang, tapi siapa larat kalau berhari-hari tak tidur malam gara-gara anxiety. Xanax tu membantu hilangkan our desperation.

 

Bila saya bertukar ke supplemen, saya dapati nak kawal anxiety ni memang kena makan supplement setiap hari. Tak boleh miss seminggu dan resume. Miss 3 hari pun dah terasa lainnya. Mungkin kerana our brain chemical dah berubah (teori saya sahaja) maka certain levels of vitamins dalam badan kita mudah deplete. Jadi kena sentiasa top-up dengan supplements untuk otak kita berfungsi dengan tenang (pandai je la teori saya ni kan. Haha)

 

wpid-20131009_070053.jpg wpid-20130823_110313.jpg

 

 

2 supplemen Shaklee di atas ni adalah supplemen WAJIB saya yang minima. Takde supplemen lain takpe, asalkan 2 ni sentiasa ada – B-COMPLEX & OSTEMATRIX.

Ostematrix membantu sangat saya mendapat tidur yang lena & mengurangkan kadar kekerapan terjaga masa tidur. Kalsium & magnesium dalam Ostematrix adalah elemen terpenting yang membantu kami yg ada anxiety ni tidur. Kalau tak, otak ligat berputar tanpa boleh di-switch off untuk tidur. Letih.

B-Complex pula membantu kami ni bertenang. Vitamin B5 & B6 membantu penghasilan hormon endorfin dalam badan, hormon yang buat kita happy. Orang anxiety ni tend to think too much! Too much for their own good sebenarnya. Tu yg kadang-kadang tak boleh buat kerja sebab buat kerja A, fikir kerja B, buat kerja B fikir kerja C. Sudahnya semua kerja tak selesai. So B-Complex ni bantu kami bertenang & rileks.

 

Depress @ Kemurungan

Saya tak pernah depress yang teruk. Cuma saya pernah merasa satu perasaan di mana saya sedih yang amat. Saya rasa saya berada dalam satu lubang yang saya tak jumpa jalan keluar. Mujur juga masa tu saya baru grad & belum bekerja. Lama tak lama saya berperasaan begini, 4 bulan juga la. Orang kata bila depress ni mungkin sebab gangguan Syaitan. Mungkin ada benarnya sebab bila kita tertekan & layan perasaan tak sudah-sudah memang Syaitan pun masuk lubang juga la kan.

Anyway, saya berubat cara kampung juga la masa tu sebab memang ada gangguan yg mungkin kebetulan dengan perasaan tertekan saya tu.

Teruk ke depression saya? Tak tahu nak describe macamana tapi saya rasa tak bermaya, tak bersemangat, nak duduk rumah tak nak keluar, tak nak jumpa orang, termenung sepanjang hari, duduk tak buat kerja apa-apa & hanya melayan perasaan, tidur cuma 3 jam sehari kerana layan perasaan dan rasa macam duduk dalam lubang gelap yg tiada jalan keluar. Macam patung bernyawa.

Selalunya orang kata banyakkan baca Quran & solat sunat untuk atasi masalah ni, tapi bagi saya ia tak cukup. Orang yg ada depression kena dapatkan medical attention. Sebab ni masalah psikologi. Perlu juga bantuan sains untuk baik. Alhamdulillah sejak episod tu saya kini ok, mungkin sebab minor je pun. Tapi sejak tu la saya cepat stress! Haha..alhamdulillah juga semua kini dalam kawalan.

Terima kasih Allah kerana memberi ilham pada saya untuk membeli Shaklee in the first place to treat my stress & anxiety.

Kini saya berkongsi kisah saya dengan anda yg mungkin hadapi masalah yang serupa macam saya. Moga entry yang tidak seberapa ini dapat memberi panduan pada anda.

 

Jika anda berminat nak dapatkan produk – produk Shaklee di atas ni, anda boleh klik DI SINI.

Insya’Allah dijamin pembelian anda selamat kerana anda berurusan terus dengan Shaklee.

 

Salam sayang,

 

HUDA MAHMUD
SID no: 928995
012-2794197
huda.mahmud@gmail.com

Assalamualaikum,

Berapa orang yang kat sini stress tapi tak sedar dia stress?
Cuba anda perhatikan tanda-tanda berikut, kemungkinan besar anda STRESS tapi anda tak sedar:

Stress: Caused & Effects
Stress: Caused & Effects
  1. OTAK & SARAF:
    1. Sakit kepala
    2. Takde semangat,
    3. Sedih & merah melampau
    4. Bermasalah untuk tumpukan perhatian pada sesuatu perkara
    5. Anxiety
    6. Sukar tidur
    7. Lupa ingatan
  2. KULIT
    1. Masalah kulit
    2. Jerawat yang banyak
  3. OTOT & SENDI
    1. Sakit-sakit otot & sendi terutamanya di bahagian leher, bahu & belakang
    2. Peningkatan kekurangan ketumpatan tulang
  4. JANTUNG
    1. Jantung berdegup laju
    2. Peningkatan tekanan darah
    3. Peningkatan tahap kolesterol
  5. PERUT
    1. Loya
    2. Sakit perut
    3. Pedih ulu hati
    4. Peningkatan berat badan
  6. PANKREAS
    1. Peningkatan risiko diabetes
  7. USUS
    1. Cirit-birit
    2. Kembung perut
    3. Masalah sembelit
  8. SISTEM REPRODUKTIF
    1. Wanita: kitaran haid tidak tetap atau senggugut (jika sebelum ni tiada), kurang libido/nafsu seksual
    2. Lelaki: Penghasilan sperma yang rendah, kurang libido/nafsu seksual
  9. SISTEM IMUN BADAN
    1. Mengurangkan keupayaan sistem imun badan untuk pulih dari sakit.

Jika anda ada tanda-tanda di atas & makan ubat pun tak baik-baik atau pulih, mungkin sebenarnya anda stress.

Jadi cara untuk mengurangkan stress adalah dengan:

6 Cara Kurangkan Stress
6 Cara Kurangkan Stress
  • Dapatkan tidur yang mencukupi
  • Senaman: Kerap bersenam akan mengeluarkan hormon endorfin yang membuatkan anda gembira
  • Diet yang sempurna & lengkap dengan semua zat & nutrisi yang diperlukan badan. No junk food please!
  • Dapatkan terapi – akupunktur, massage, aromaterapi, refleksologi
  • Banyakkan masa untuk diri sendiri. At times you need to have ‘ME’ time in order to de-stress. Kalau orang laki, saya gelarkan ‘masuk gua’ supaya dia boleh recaj tenaga. Betul tak wahai kaum lelaki? Jadi buatlah aktiviti yang anda gemar masa ‘ME’ time ni tanpa gangguang orang lain.
  • Makan supplement yang dapat mengurangkan stress. Dalam hal ni saya suka cadangakan B-COMPLEX, ALFALFA, OSTEMATRIS & OMEGA GUARD. Setiap satu memainkan peranan masing-masing untuk ‘menenangkan’ tubuh anda dari stress, insya’Allah.

Yang penting, usahalah supaya diri anda tidak stress. Kalau biar lama-lama memang boleh dapat sakit kronik. Itu OK lagi. Paling sedih kalau sampai bunuh diri atau bunuh orang lain. Nauzubillah!

Salam sihat,

HUDA MAHMUD
0122794197
huda.mahmud@gmail.com

Anda Sukar Tidur? Anda Mudah Terjaga?

Assalamualaikum,

Ubat tidur semulajadi - OSTEMATRIX
Ubat tidur semulajadi – OSTEMATRIX

Sebulan lamanya saya terputus bekalan OsteMatrix ni. Dan sebulan lamanya saya tidur tak lena & mudah terjaga. Saya semenjak mengalami stress melampau selama 6 tahun hingga ada ‘anxiety’ @ keresahan, saya dapati saya sukar tidur lena. Tidur la lama mana pun, memang saya akan tetap letih bila bangun pagi. Cuma tidur di rumah mak saya je saya lena habis. Tak tahu kenapa mungkin ada ‘hantu tidur’ kut kat rumah tu. Haha! Saya tidur tu boleh dikatakan ‘deep sleep’ saya cuma 30% je dari 6-8 jam tidur. Selimut terkalih saya terjaga, bunyi kereta lalu saya terjaga, senang cite asyik terjaga la.

Bila saya kaji-kaji (saya kuat buat research) saya dapati kemungkinan masalah ni adalah disebabkan oleh kekurangan ‘magnesium’. Simptom kekurangan magnesium adalah seperti berikut:

  1. Sukar tidur.
  2. Kerap terjaga bila tidur
  3. Kerap kencing
  4. Kerap kejang kaki
  5. Sejuk kaki & tangan
  6. Kerap lenguh bahu & tangan

Jika anda ada masalah seperti diatas, kemungkinan besar anda kekurangan magnesium tapi simptom paling utama adalah kekurangan tidur atau sukar tidur.

Magnesium adalah penting untuk ‘GABA recoptor’ yang wujud di seluruh permukaan otak & saraf badan kita. Apa benda ni? Ia adalah ‘neurotransmitter’ yang menenangkan yang amat-amat diperlukan oleh otak kita untuk ‘switch off’. Kalau takde GABA ni, memang otak kita akan rasa ‘tense’, otak sentiasa berfikir & sudahnya kita baring sambil renung siling. Tak tidur-tidur pun..

Solusi untuk lena tidur nampak mudah kan? Cuma telan je 4 biji OSTEMATRIX sebelum tidur, kerana ia mengandungi 100mg magnesium oxide, gluconate & citrate.

Bila dah dapat stok OsteMatrix ni saya lega sangat-sangat kerana akhirnya saya dapat tidur lena. Minda saya tenang, badan saya pun rileks je nak tidur. Takde la rasa ‘tense’.

Jadi kepada anda diluar sana yang alami masalah serupa dengan saya, saya sarankan cubalah OsteMatrix ni. Alhamdulillah berkesan untuk saya. Insya’Allah berkesan untuk anda juga.

UPDATE: Kini anda boleh dapatkan OSTEMATRIX ni dengan klik DI SINI untuk pembelian anda. Insya’Allah dijamin selamat kerana anda berurusan terus dengan Shaklee

Salam sihat,

HUDA MAHMUD
SID: 928995
huda.mahmud@gmail.com

Baca Perlahan-lahan

Assalamualaikum,

Sila baca entri ni perlahan-lahan ye.

Saya nak ceritakan magnesium itu apa peranannya dalam tubuh badan kita.

  • Digunakan hampir dalam semua proses kimia badan
  • Membantu penyerapan kalsium dalam tulang & gigi
  • Menyeimbangkan impuls elektrik dalam badan yang menggerakkan pottasium, sodium & calcium dalam sel
  • Merileks-kan otot, mengurangkan anxiety & tension. Ia juga mengawal pergerakan otot jantung kita di samping merileks-kan otot arteri yang mengawal tekanan darah.
  • Sebagai muscle relaxant ia dapat membantu orang yang menghidap asthma atau COPD (Chronic Obstructive Pulmunory Disease)
  • Membantu penggunaan efektif insulin jika anda diabetik.
  • Kekurangan magnesium dikaitkan dengan masalah water retention, pre-eclampsia, perkembangan & kelahiran janin jika mengandung.
  • Digunakan untuk mengurangkan simptom PMS ketika didatangi haidh.

Di mana kita boleh dapat bekalan magnesium?

  • Dari makanan wholemeal, sayur-sayuran, buah-buahan & kekacang.
  • Makanan yang diproses (processed foods) akan kehilangan hampir semua kandungan magnesium-nya.

Siapa yang berisiko kekurangan magnesium?

  • Orang yang selalu makan makanan yang diproses
  • Orang tua
  • Wanita yang didatani haidh

Kenapa kekurangan magnesium?

  • Pengambilan kalsium terlalu tinggi dalam diet harian!
  • Pengambilan ubat diuretics – ubat yg selalu digunakan oleh org sakit jantung, sakit buah pinggang, hypertension, liver cirhossis
  • Ubat perancang @ oral contraceptive pills
  • Penyakit hati atau buah pinggang
  • Pengambilan alkohol atau kandungan gula yang tinggi dalam diet harian

Mana nak dapat magnesium ni?

Haa..usah risau. Shaklee kini memperkenalkan produk glamer mereka iaitu OSTEMATRIX.

Ostematrix yang sangat osem!!
Ostematrix yang sangat osem!!

Ia dalam bentuk caplet yang mudah ditelan & mencukupi untuk keperluan magnesium harian anda.

Pengalaman saya bila ambil OSTEMATRIX ni, saya mendapati otot cepat pulih jika sakit selepas berjalan lama @ baru-baru nak bersenam jika sudah lama tidak bersenam. Ini adalah kerana kandungan magnesium yang terdapat dalam Ostematrix membantu merileks-kan otot-otot saya yang keras ni..hahaha. Di samping itu saya juga mudah tidur kerana kandungan kalsium-nya.

Jadi tunggu apa lagi, untuk merileks-kan otot-otot yang keras lepas bersenam tu @ kerja berat, cuba la Ostematrix. Dengan 4 biji sebelum tidur anda akan cepat pulih!

Harga: RM 61.00

Kandungan: 120 caplets ( cukup untuk sebulan)

Cara makan: 4 biji sehari sebelum tidur

Jadi anda hanya berbelanja RM 2.03/sehari untuk kesihatan otot-otot anda 😀

 

Salam sayang,

SID: 982995

SMS/WHATSAPP/VIBER: 012-2794197