Cyst Pecah: Pentingnya GLA Complex

Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014!

Alhamdulillah saya bersyukur sangat-sangat dapat bekerja & beraya tahun ni. Sebabnya, tahun lepas habis je Raya ke-5 terus masuk wad untuk pembedahan emergency. Maka berpantang la saya selepas operation selama sebulan. MC pun sebulan.

Kisahnya bermula begini…

Hari 2nd last cuti raya tu dah on the way balik ke Klang dari Johor. Masa tu drive berdua dengan adik lelaki saya. My parents & adik-adik lain balik the next day. Almaklumla orang pencen & student kan..cuti lah lama mana pun boleh. Masa singgah kat RnR Dengkil singgah ke tandas jap. Masa nak balik ke kereta tu, tetiba, zupp!! Aduh! Terasa macam angin masuk bontot (sapa pernah rasa tau la sakitnya macamana) Berjalan la saya ke kereta dalam keadaan terbongkok-bongkok dengan sangkaan angin masuk perut sebab masa driving tu asyik makan Mr Potato je. Gigih lagi tu sambung drive dari Dengkil ke Klang. Adik laki saya rilek je sebelah. Walaupun sakit tu intense, tapi saya drive juga sebab bila saya fokus ke driving, minda saya tak fokus ke sakit tu. Kalau saya duduk sebelah, minda saya 100% fokus ke rasa sakit yg akan buat lagi sakit!!

 

30 minit lepas tu sampai rumah. Masuk rumah, saya terus duduk berteleku atas lantai. Dari jam 7ptg sampai la nak tido. Masa ni memang berdua je dengan adik saya. Yang lain tak balik lagi dari kampung. Solat pun duduk atas kerusi. Bila baring-baring rasa nak muntah, jadi berjalan la saya ke bilik air. Boleh pulak tengah jalan tu, saya rasa nak rebah. Tangan cuba capai kitchen counter tu, mata nampak macam tangan sampai je nak tahan badan dari jatuh, rupanya tak! Dan-dan tu juga pitam kat lantai dapur! Tak tahu berapa lama saya terbaring tapi rasanya ada kut 5 minit. Masa ni memang yakin sangat sebab angin dalam perut. Sedar dari pitam terus ke tandas, dah memang cirit pulak dah. Memang body function tak leh kawal. Lepas tu boleh pitam lagi sekali dalam tandas pulak! Allah! Mujur kaki tak masuk lubang jamban tau..haha. Masa ni kan memang tak panggil adik pun. Yelah, pain threshold masa ni tinggi, lagi satu sebab berharap ia akan berlalu & ini cuma angin dalam perut saja. Memang tak fikir lain pun.

 

Kul 11.30pm adik saya keluar jadi tinggal la saya sorang-sorang. Berani tu kan, entah apa jadi masa ni memang takde orang tau! Hish! Sebab dah sakit, penat & rasa nak pitam, saya cuba tido, tapi memang tak boleh la. Baring sakit. Bila gerak badan mengiring ke kanan, sakit. Serupa juga bila mengiring ke kanan. Last-last saya tido duduk, dengan kepala bertongkat kat bakul baju (sebab bakul tu sama level dengan kepala saya. haha) Siap masa ni nak pesan ke adik saya tu, kalau balik beli air gas boleh tak? Sebab saya kalau angin minum Pepsi confirm setel. Tapi saya tak SMS la..pulak tu adik saya balik kul berapa pagi tah. Saya tido pun setiap sejam terjaga. Bila tido lega sebab minda tak rasa sakit. Pagi-pagi jam 4pg saya SMS adik saya yg Dr tu dengan menerangkan semua simptom. Tapi dia pun takleh nak pinpoint sakit apa.

 

Tengahari tu sakit macam dah kurang sikit, so nak gi klinik on the way balik rumah sendiri. Masa ni sempat la SMS kawan yang juga Dr. Dia advice pergi la klinik cek cepat. And jangan makan apa-apa supplemen. Memang tak la nak makan dalam keadaan sakit-sakit ni kan..sebab katanya supplemen atau ubat akan mask the real symptom. Sebab tu kalau kita kena admit, Dr mesti tanya ada makan ubat atau supplemen tak dan pukul berapa makan. Habis tempoh ubat atau supplemen dah dilute dalam badan baru dia akan buat test. Tengahari kat klinik tu, Dr cek-cek dia kata macam apendiks sebab perut belah kanan sangat keras (ke lembut?) & sakit bila ditekan. Dia kata kena pergi hospital.

 

Yg best, masa nak drive ke hospital tu, kawan-kawan tengah chat dalam FB, so saya mencelah la kata “Aku dah jumpa Dr, dia kata kena ke hospital sebab disyaki apendiks” Saya ni manalah tau apendiks tu sakit macamana sebab boleh drive kan. Kawan saya dah bising, “Eh! Awak mana boleh drive! Nanti kemalangan jalan raya tak sampai ke hospital!”. Lepas tu dia siap call kawan lagi sorang suruh tunggu saya kat hospital. Alhamdulillah for friends susah senang yang membersar bersama selama 30 tahun. Memang boleh harap. Alhamdulillah juga saya sampai gak ke hospital. Saya terus ke entrance & kawan saya ambik kete untuk parking. Saya admit diri sendiri tu. Mujur juga ada kad insuran Etiqa masa ni, senang sikit keje. Dah admit baru call family saya kata masuk hospital. Haha. Bertuah punya anak kan. Dah nak buat camne, independent sangat sampai semua senang buat sendiri dan tak nak menyusahkan orang lain. Sebab masa ni call adik tak dapat-dapat. Last-last husband kawan call suami adik saya baru bagitau kakak dia ni masuk hospital. Haru betul la jalan cerita ni..hehe

 

3 jam lepas test segala bagai & ultrasound scan, Dr cakap apendiks saya bengkak & kemungkinan cyst pecah. Masa ni macam blus jap, eh, cyst? Bila masa pulak ada cyst? So Dr kata kena operate la. Kul 6 lebih tu family saya sampai dah dari kampung. Tapi lepas tu diaorang kena balik nak solat semua so tinggal la adik saya menunggu. Operation dah set kul 9 malam. Ingatkan family sempat la jumpa saya sebelum masuk operation theatre, rupa-rupanya jam 8.15malam diaorang dah wheel saya ke prep room. So adik saya je la iring sampai depan pintu operation theatre tu. Tak dan la nak minta maaf ke apa ke kat ahli keluarga. Sementara menunggu Dr datang, memang terbaring saja je la kat ruang menunggu operation theatre tu. Sejuk! Masa ni ada Dr anesthetic datang minta sign consent form sebab ni General Anesthetic. Jenis tak sedar punya.

 

Operation tu makan masa 2jam 30 min. Agak lama menurut Dr tu untuk simple operation macam ni. Rupanya, saya internal bleeding. Blood loss saya agak banyak iaitu 2 pain. Blood count ke hemoglobin? pun turun ke 9 dari normal 11. Dr cakap, kalau blood count tak naik, kena buat blood transfusion which is quite risky of infection. So Dr cadangkan makan supplemen zat besi dulu. Dr kata operation lama sebab nak sambung semula blood vessel yang halus di ovari. Cyst saya pecah di saluran darah yg melitupi ovari.

 

Post operation jam 4 pagi, saya sedar mak & adik saya ada. Pain dia masa ni ya Allah! Lagi sakit dari sebelum operation! Memang saya menangis. Nurse memang dah agak akan sakit sebab ubat bius dah habis & bila dia nak inject pain killer kat punggung, ofkos la saya tak boleh pusing. Giler sakit oiii!! Tak nak dah rasa sakit macam tu..huhu. Jam 6pagi saya sedar semula & sebab dah sakit sangat, mak saya suruh nurse bagi pain killer. Menangis-menangis bila mak & nurse pusingkan badan. Tapi bila dah efektif ubat tahan sakit, masa saya dapat tidur dengan gembiranya. Masa adik ipar datang melawat dia kata it is the patients right to have a pain-free healing after operation. Siap marah nurse suruh prepare siap-siap pain killer. Kalau dia tak cakap ni memang saya akan diam je tanggung sakit sebab ingat ia adalah normal. Logik juga cakap adik ipar saya tu, camne nak pulih cepat kalau rasa sakit menghalang kita nak gerak-gerak kan?

 

Sakit lepas post-ops tu bukan sebab kena tebuk, tebuk kecik je sebab dah modern kan operation zaman sekarang, tapi sakit sebab masa operation tu, Dr godek-godek segala isi abdomen – usus yang panjang 6 meter, limpa, perut – untuk sedut darah. Bila semua ni terkeluar dari kedudukan asal, memang sakit la jawabnya! Huaaa! 4 hari saya kat hospital. Balik rumah sambung MC lagi sebulan. Masa ni memang makan supplemen hospital sebab supplemen Shaklee tak tinggi kandungan zat besi nya. Sebulan juga la pantang makan ikan, ayam. Makan sayur & bubur je. Memang punah la harapan nak beraya tahun tu.

 

Panjangnya cite ni kan…well nak cite pengalaman yang saya lalui. Yang tak semua orang lalui. Ada cyst tu biasa, operate cyst tu pun biasa. Tapi cyst pecah tu jarang terjadi. Ruptured Cyst. Saya Google je yang banyak info adalah mat-mat saleh punya. Orang Malaysia takde pulak saya jumpa kisahnya. Ke sebab saya tak search bebetul?

So wanita sekalian, ada cyst tu, cuba-cuba la ambik GLA Complex. Jangan la sampai kena macam saya atau operate buang. Sakit dia tu tak tertanggung rasanya. Insya’Allah GLA COMPLEX boleh bantu kecutkan cyst macam testimoni di bawah ni. (Terima kasih Google & orang yang provide testimoni ni)

Cyst Kecut dgn GLA

 

 

Jangan tunggu lama sangat nak berusaha kecutkan cyst. Sementara GLA COMPLEX tengah promo beli 6 percuma 1 botol ni, elok la grab cepat-cepat. Nak mudahkan korang membeli, saya letak link di bawah ye. Nak beli 1 botol boleh, nak beli set 6 botol percuma 1 botol pun boleh. Yang penting usaha!

 

GLA COMPLEX 1 botol klik sini

GLA COMPLEX 6 botol percuma 1 klik sini

 

Salam sayang & jaga kesihatan selalu,
HUDA MAHMUD
SHAKLEE ID NO: 928995
HP NO: 012-2794197
Advertisements

Verdict: Shaklee vs. Spa

Assalamualaikum,

Saya ni seumur hidup tak pernah pergi spa. Minggu lepas saja-saja la pergi sebab nak tahu apa yang ditawarkan di spa ni. Masa buat appointment pun tak tahu lagi apa yang saya nak sebenarnya, last-last pilih la body treatment.

Dah sampai di spa baru la saya pilih jenis treatment yang saya nak. Ada 4 treatment – mandi wap, scrub, masker & mandi lulur. All in all 2 hours treatment. Best la rasanya sebab first time badan dimanjai. Setiap bahan yang dilumur di badan saya tanya apa fungsi setiap satu. Tujuan utama body treatment ni sebenarnya untuk menenangkan badan, buang daki-daki & melembutkan kulit.

Hasilnya nanti kulit anda akan lembut & gebu.

Tapi…

Hasil kujungan ke spa ni tidak mendatangkan sebarang perbezaan pada kulit saya.  Saya pun tak percaya, ‘Eh, takkan la takde beza sebelum & selepas treatment?’ kata saya dalam hati. Punya la staf tu sental & gonyoh kuat-kuat masa scrub takkan la takde beza kan. Tapi sungguh, memang takde beza.

Lepas tu saya fikir-fikir semula, ni mesti saya dah lama makan supplemen Shaklee maka kulit saya dah sedia lembut & bersih. Saya pun memang rajin scrub dengan berus bila mandi, jadi menyumbang sedikit sebanyak kepada kelembutan & kelicinan kulit la. Dulu sebelum ambik supplemen memang terasa kasar kulit. Saya pun tak ingin pegang-pegang. Haha. Kulit kat siku selalu kering sampai pedih. Sekarang ni dah cerah & lembap je. Lutut pun sama. Dah tak hitam & kasar.

Saya pasti kerana saya makan supplemen berikut la maka kulit saya lembut, bersih & cerah:

  • ALFALFA COMPLEX
  • ESP – ENERGIZING SOY PROTEIN ISOLATE
  • SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS
  • GLA COMPLEX
  • B-COMPLEX

Bayaran untuk sesi spa yang saya pergi ni dalam RM2xx. Ini harga untuk 1 kali sesi sahaja.

Kalau untuk suplemen Shaklee diatas, harga lebih kurang RM4xx, tapi tahan sebulan! Maknanya harga sehari adalah RM14.xx. Jimat tak? Harga rawatan spa sehari tu…Tambahan pula ada additional benefits yang lain untuk senarai produk diatas:

  • Kulit makin cerah
  • Hidup makin gembira kerana kurang stress
  • Kitaran haid teratur
  • Immune sistem badan meningkat jadi susah untuk selsema, batuk & demam. Kalau ye pun, cepat baik.
  • Makin kurus kerana protein dalam ESP sangat mengenyangkan
  • Detoks satu badan & mudah lawas setiap hari.

Nah, anda fikir apa lagi. Kalau yang suka spa sebab nak kulit cantik mungkin anda boleh cuba Shaklee pula. Kita mulakan kecantikan kulit dari dalam badan. Mungkin ini lebih jimat & lembut pada poket anda. Dan anda masih boleh ke spa jika anda suka badan dimanjai tapi dengan kekerapan yang kurang, Jadi dapat la jimat sikit duit. Saya pun pasti akan ke spa lagi tapi untuk massage sahaja la.

p/s: Oh ye, masa di spa haritu staf tu tak percaya saya berumur 35 tahun kerana sangkanya saya masih 23! (^__^)

Salam sihat,

HUDA MAHMUD
0122794197
SID: 928995
huda.mahmud@gmail.com

Set-Set Gabungan Hebat dengan ALFALFA COMPLEX

Assalamualaikum,

Bulan Januari ni memang rancak la promosi Shaklee beli 6 percuma 1 untuk produk ‘signature’ Dr Shaklee sendiri iaitu ALFALFA COMPLEX. Baik botol kecik (330 tablet) atau botol besar (700 tablet), 2-2 tengah promosi ni. Jimat la kalau beli banyak sekaligus.

Ok, ALFALFA COMPLEX ni boleh digabungkan dengan supplemen Shaklee yang lain untuk fungsi-fungsi mengikut keperluan anda. Macam saya ni kan, saya ambik semua tau! Haha..tapi bukan la sebab nak memenuhi keperluan set-set ni.

Yang pasti saya mula-mula ambik ALFALFA COMPLEX + LECITHIN sebab nak kurus. Overweight tahap obes kelas 1 dah dulu wei..macam dugong. Hehe. Lepas tu ada bajet lebih sikit tamba ESP. Ha! Yang ni memang set slimming bajet la = ALFALFA COMPLEX + LECITHIN + ESP. Tidak la pula saya ambik sebab nak set menyusu ye pembaca sekalian. Tapi oleh kerana terbaiknya produk Shaklee ni maka set ALFALFA COMPLEX + ESP boleh juga dijadikan set menyusu tu! Jimat duit ko Senah!

Tapi ALFALFA + B-COMPLEX ni saya ambik sebab nak detoks untuk kurus & juga sebab nak kurangkan stress (happy pill la katakan). Tak sangka pulak gabungan dua ni boleh jadi set resdung. Saya memang ada resdung sejak dulu tapi terasa la sejak ada 2 ni memang tak pernah lagi resdung atau bersin pagi-pagi atau flu. Alhamdulillah OK!

Set-set ISTEIMEWA untuk anda dengan gabungan ALFALFA COMPLEX
Set-set ISTEIMEWA untuk anda dengan gabungan ALFALFA COMPLEX

Saya juga ambik OMEGA GUARD untuk kurus (saya ni semua nak cuba sebab nak kurus punya pasal), jadi bila bergabung dengan ALFALFA COMPLEX ni boleh la jadi set untuk gout. Eh, tapi saya takde gout la ye. OMEGA GUARD ni salah satu fungsinya selain dari mencairkan lemak dia mengurangkan inflamasi. ALFALFA COMPLEX pula untuk menurunkan tahap asid urik dalam badan yang menyebabkan gout tu.

GLA COMPLEX saya ambik bergabung dengan ESP sebenarnya. Nak dapatkan kulit cantik pulak. Memang dapat kulit canti, halus, lembut je. Rupa-rupanya ada hikmah saya ambik GLA COMPLEX ni sebab saya ada cyst yang tidak disedari sehingga ia pecah & menyebabkan saya kena emergency operation. Gabungan ALFALFA COMPLEX + GLA COMPLEX ni adalah sesuai untuk wanita yang mengalami masalah kesuburan. Untuk lelaki set lain pulak iaitu Zink & Vita-E.

Dan…produk terbaru yang saya cuba adalah VITA-C PLUS. Ni pun sebab nak kulit cantik, halus, lembap & cerah. Nak cuba COLLAGEN POWDER belum berkemampuan. Jadi cuba je dulu yang murah sikit. Rupa-rupanya memang sesuai jadi set kulit bila digabungkan dengan ALFALFA COMPLEX ni.

Haa..banyakkan saya makan supplemen ni. Apa nak buat, badan ni satu je yang nak dijaga. Kalau rosak mana ada spare part boleh dibeli.

Jadi kalau ibu-ibu, bapa-bapa, kakak-kakak, abang-abang, adik-adik nak cuba set-set istimewa ni boleh hubungi saya ye. Saya sedia memberi khidmat nasihat yang terbaik buat anda semua Insya’Allah.

Salam sihat & jangan lupa ORDER Shaklee dengan saya,

HUDA MAHMUD
0122794197
huda.mahmud@gmail.com

Shaklee-ku Pergi Melancong

Assalamualaikum,

Salam Jumaat semua. Moga hari ni happy saja ye. Tak mahu marah-marah..teehehe.

Hari ni sampai Selasa, 25/9/2013 saya tiada di Malaysia. Pergi melancong kejap. Dekat je pun.

Yang penting bekal SHAKLEE-ku harus dibawa! Nak maintain sihat 5 hari ni saya malas nk letak dalam bekas kecik. Angkut semua botol-botol supplemen. Nak tahu apa saya bawa?

Haa…inilah dia:

image

Bekal wajib Shaklee-ku untuk melancong ni adalah:

#OMEGA GUARD – hapuskan lelemak walaupun melancong
#LECITHIN – buang lelemak makanan pelancong
#B-COMPLEX – kurangkan stress melancong
#ALFALFA COMPLEX – membuang dengan lancarnya ketika melancong
#OSTEMATRIX – tidur dengan cukupnya walaupun melancong
#GLA COMPLEX – kulit flawless walaupun melancong

Ahaks! Tak boleh blah betul betapa ‘VAIN’nya saya. 😀

Cinch Shake Mix saya bawa sikit letak dalam bekas. Bukan sebab nak diet tapi nak maintain kulit flawless ni agak vain lagi di situ haha. ESP dah habis jadi saya guna gabungan Cinch Shake Mix & GLA lah dulu. Kenyang dapat, flawless skin dapat.

HUDA
SID: 928995
0122794197

Kulit Cantik: Shaklee vs. Maixara vs. Felinna

Assalamualaikum,

Asalnya memang saya jenis tak ambik kisah pasal kulit. Krim yg selalu saya pakai sehingga kini pun cuma Olay Regenerist Cool & Garnier Oil Control. Kulit muka sekata ke, kulit badan lembap ke, saya tak ambik berat. Jadi di sini, saya akan membuat review produk-produk kecantikan kulit yg saya pernah cuba.

image
3 produk sebagai pilihan

FELINNA

Sebelum saya kenal dengan Shaklee, saya tertarik dengan Felinna gara-gara promo kakak ofis ni. Memang pandai dia pujuk. Hehe. Kalau tak, memang takdenya saya nak bother skincare ni. Takat takde jerawat dah mencukupi.

FELINNA ni harga yg saya beli RM75/sekotak (harga sebenar RM85). Sekotak ada 30biji kapsul vit c + kolagen (saya pun tak ingat sangat apa isi kandungannya). Saya beli 2 kotak dan ambil 2 biji setiap hari selama sebulan.

Masuk minggu ke-2 memang terasa MARVELES sangat kulit. Kalau dulu tak hirau, ni hari-hari pegang kulit, hari-hari pegang siku sebab pada saya siku adalah benchmark untuk kulit cantik keseluruhan. Kulit siku yang tak kering & hitam adalah petanda kulit badan kita lembap (bagi sayalah). Wah! Sangat suka kulit macam ni. Jerawat halus & jerawat biasa langsung takde, I’M HOOKED!

Tapi lepas habis saya rasa terbeban pulak nak keep up dengan FELINNA. Saya beralih ke MAIXARA C-SENTIAL

MAIXARA C-SENTIAL

Saya beli MCS ni pun dengan kakak ofis yang sama sebab saya kata nak maintain je kulit saya yg dah sedia marveles tu

Jadi saya beli sebotol MCS dengan harga RM110 (harga asal RM125). Sebotol ada 60biji vit-c + kolagen + gluta. Saya ambik 1biji sehari sebab nak prolong kan pengambilan sebotol sampai 2 bulan. Tapi lama-lama efek kulit lembap marveles tu makin kurang. MCS tidak se-oomph FELINNA. Mungkin sepatutnya saya ambil 2biji sehari kut untuk dapat efek yg sama.

Sambil tu saya dah start SHAKLEE sebab masalah stres melampau bukan sebab nak dapat kulit cantik. Masa ni saya ambil ESP + B-Comp + Alfalfa + Vitalea. Jadi MCS dan SHAKLEE ni saya ambil serentak.

Kulit saya makin kurang tahap kelembapannya tapi tidak lah ia kembali seperti sebelum saya amalkan produk-produk kesihatan ni.

Habis sahaja MCS saya tidak teruskan lagi. Saya maintain sahaja dengan SHAKLEE.

SHAKLEE

Mulanya saya ambik Shaklee sebab masalah stress melampau. Lepas tu saja la add-on supplemen lain antaranya ESP sebab nak kurus sebenarnya. Bila minum ESP (harga retail RM150) saya perasan la kuku cepat je panjang. Masalah rambut gugur pun kurang. Paling best sunburn dah takde. Kalau dulu setiap kali balik dari site mesti muka berbelang. Tangan tak usah cerita la, lagi gelap dari muka. Hahaha.

Then ada promo GLA. So saya ni being very curios saja la cuba. Niat asalnya nak ringankan simptom PMS. Alih-alih period jadi berpanjangan pulak. Tapi saya tak risau la sebab tahu tu healing crisis. Lepas 1 botol GLA (harga retail RM91.25)

Lepas sebulan gabungan ESP + GLA ni saya perasan kulit saya jadi elok semula. Walaupun tak la sehebat masa ambik Felinna tu, tapi siku-siku saya yang buruk sudah kembali cerah & lembap! Nak marveles ambik Collagen Powder Shaklee laa. Sangat happy!

Paling best Shaklee ni sebab produk dia ada banyak kegunaan. Macam GLA ni untuk org menopaus elok, org yang haid tak tetap elok, dan macam-macam lagi. ESP ni pulak elok nak kekang lapar melampau di waktu pagi, generate cell growth, boleh buat masker, dan sebagainya. Silalah Google ada banyak info.

Itulah serba sedikit adventure saya dengan supplemen ni. Ia cuma pandangan peribadi saya dan kesan setiap produk adalah berbeza ikut diri individu.

HUDA | SID: 928995 | 012279419