4 Langkah Mudah Mendapatkan Supplemen Shaklee untuk General Anxiety Disorder

Assalamualaikum,

Saya Huda Mahmud

Pengedar sah Shaklee (Shaklee Independent Distributor)  ID no. 928995 yang membantu mereka yang ada General Anxiety Disorder di Malaysia mencapai kesihatan mental yang baik secara semulajadi.

Supplemen Shaklee untuk kawal Anxiety Disorder
Supplemen Shaklee untuk kawal Anxiety Disorder

Pada 1hb Ogos 2015 hingga 31 Ogos 2015 (31 hari), saya akan berkongsi dengan anda tawaran hebat untuk Anxiety sufferer di Malaysia supaya anda dapat mengawal Anxiety anda & menjalani hidup yang tenang tanpa otak ligat memikirkan kerisauan yang berpanjangan

Jika anda rasa tidak berbaloi membeli supplemen, maka mungkin sudah tibanya anda merubah fikiran dan mencuba produk Shaklee

Kenapa?

===========================
Kerana produk-produk Shaklee
===========================

  1. Sentiasa Selamat dengan 4 langkah – pengecaman herba oleh ahli botanic, pengesahan herba melalui ujian kimia LCMS Technique, analisis kuantitatif terhadap bahan aktif kimia & ujian oleh pihak ke-3 bagi 358 bahan cemar & kontaminasi secara biologi
  2. Sentiasa Berkesan kerana sehingga kini terdapat lebih 100 kajian saintifik yang diterbitkan berkaitan nutrisi dan kesihatan dan penemuan-penemuan kajian terbaru Shaklee (Shaklee Landmark Study) yang menyokong kenyataan Individu-individu yang mengambil supplemen Shaklee memilik tahap kesihatan yang lebih baik
  3. Sentiasa Mesra Alam kerana Shaklee berusaha menjadi contoh dengan memimpin aktiviti berkaitan alam sekitar bermula tahun 1960 hingga sekarang.

Sebenarnya, ada banyak lagi. Tapi cukup untuk anda faham 3 manfaat utama ini kerana saya tahu ia sangat penting untuk kesihatan anda

=============================================================
Cara untuk mendapatkan supplemen Shaklee ini adalah seperti berikut:
=============================================================

  1. Hubungi saya melaui email huda.mahmud@gmail.com
  2. Bank in duit ke akaun CIMB Huda Mahmud 7606130410. SILA NYATAKAN huda.mahmud@gmail.com dalam ruang E-mel jika membuat pembayaran online
  3. Selepas daftar dan bayar, saya akan hantar resit pembayaran terus ke emel anda. Bagi saya 24 hingga 48 jam untuk sahkan pembayaran
  4. Jika pembayaran telah jelas, supplemen Shaklee akan dihantar ke alamat yang boleh dihubungi oleh pihak kurier

Atau,

Jika anda lebih selesa mendapatkan supplemen Shaklee sendiri and boleh

Klik sini –>> Supplemen Shaklee

Salam Sayang,

HUDA MAHMUD
Shaklee Independent Distributor
928995

Migraine!

Assalamualaikum,

Migrain teruk hari ni bermuka seawal pagi.
Nak tak nak kena makan ubat juga. Jam 8pg dah telan Naproxen Sodium 550mg & Caffein 100mg. Kuatkan ubat ni?

My migraine medications
My migraine medications

Memang kuat kesannya. Migraine hilang segera dan boleh terus buat kerja. Tapi ada side-effect dia – bahu & badan jadi lemah. Bahu terasa lenguh & semacam ada beban ditanggung. Rasa nak baring je. Tapi migraine memang tak rasa.

Alternatively, I preferred the natural way which is using supplement. But at times bila migraine ni menyerang, in my case sebab rasa tak cukup tidur, and you have to work ubat adalah a better option. Lepas 2 jam makan ubat, saya, makan pula B-Complex Shaklee 2 biji sekaligus

wpid-picsart_1411709987669.jpgSetiap malam pula saya tanpa gagal makan Ostematrix 4 biji.

wpid-fb_img_14088893556195156.jpgGabungkan dengan Omega Guard dan Sustained Release Vita-C Plus anda boleh dapat dah satu set lengkap supplemen untuk kawal migraine secara slow and steady. Side effect yang buruk pun takde. Rasa happy ada lah..hehe.

Nak hilangkan migraine secara segera tu tidak la, tapi at least boleh kurangkan kebergantungan kepada ubat-ubatan jika itu pilihan kita. There’s nothing wrong in consuming drugs as long as your body feels comfortable.

Sakit migraine ni bukan macam sakit demam, batuk atau selsema. Bila ia menyerang boleh seharian tak boleh buat kerja apa pun. Segala bunyi bising, cahaya terang, bau-bauan yang kuat akan buat migraine sufferer rasa teruk sangat. Kalau boleh nak berkurung seharian dalam bilik yang gelap & sunyi. Oh ye, kadang-kadang bila makan supplemen je tidak menjamin migraine tu boleh hilang selepas tidur. That’s why I also take medicines if I feel my migraines are not going away as fast as it should. There’s always a choice & I choose to feel comfortable. *Migraine sucks!*

UPDATE:
Setakat jam 3.45ptg ni masih terasa lenguh-lenguh bahu kerana ubat-ubat migraine tu sebenarnya lepas makan kena baring atau tidur. Tapi bila kerja mana boleh kan? Rasa nak balik cepat je 😦

Salam sayang,

Huda Mahmud
SID: 928995
012.279.419.7

Anxiety-ku Masih Ada

Assalamualaikum,

Dah berbulan-bulan tidak update.
Banyak benda yang berlaku.
My General Anxiety Disorder came back & I survived it.

Selama ni memang saya amalkan supplemen Shaklee je untuk my anxiety. Lepas tu perlahan-lahan makin kurang membeli stok untuk tambah semula supplemen yang dah habis terutamanya Ostematrix & Alfalfa Complex. Saya banyak bergantung kepada B-Complex je. Overtime bila diet pun kita tak jaga, banyak makan makanan & minum minuman manis, badan mula menyimpan toksik. Bila dah menyimpan toksin, badan jadi lemau, cepat penat & malas. Tidur pun dah tak menentu & tak lena

Minggu lepas paling teruk. Saya banyak MC sebab badan dah tak larat. Badan dah lemau. Seminggu tu dari 5 hari kerja, 2 hari je saya benar-benar berfungsi. Hari lain saya semacam revert back kepada keadaan masa GAD saya teruk. Banyak termenung dari buat kerja. Banyak tertanya-tanya dalam kepala ‘What if’ questions.

I have to put a stop to it.

So end up minggu lepas saya borong B-Complex, Garlic Complex (sebab badan rasa macam ada gatal-gatal) & juga Alfalfa sebotol kecik. And this week, Alhamdulillah! I have spring in my steps! Hari-hari lawas. Mudah tidur pun ye. Mudah jaga & tidak mengantuk semula pun ye. I am back to normal.

Apa yang saya buat ialah:

Pagi – 2 biji B-Complex + 5 biji Alfalfa
Maghrib – 5 biji Alfalfa + 2 biji Garlic
Malam sebelum tidur – 4 biji Ostematrix.

Kadang-kadang saya add on – Solaray Passion Flower. Ni memang ubat tidur yang power. Saya jarang makan sebab kesan mengantuk dia boleh lebih 8 jam. Kalau tidur 6 jam, lagi 2 jam kita dah terjaga memang akan rasa mengantuk sangat. So saya makan bila perlu. Nak tunggu Shaklee Malaysia bawa masuk supplemen khusus untuk anxiety & depression ni tak tahu bila, so kita makan dulu mana yang boleh. Bukan untuk sesiapa, untuk kesihatan mental kita juga.

Hendak order supplement untuk Anxiety anda? Sila klik di sini

Hendak order Alfalfa Complex sebotol kecil? Sila klik di sini

Hendak order Alfalfa Complex sebotol besar? Sila klik di sini

Unboxing: Shaklee Delivery Today

Assalamualaikum,

image

image

image

And there you have it.
I ordered these on Friday, 13/2/2015 & received it today 17/2/2015. Just in time before the Chinese New Year holiday starts on Thursday, 19/2/2015.

I bought:

1 Vivix
2 Ostenatrix – currently on promotion. Buy 2 & get 5% off.
1 Lecithin – to assist my diet regime
1 B-Complex – Oh! How I miss this one for 1 month & my General Anxiety Disorder just reared it’s head!

*Grrr…*

Got to get my GAD under control or I’ll risk offending nice people around me who doesn’t really understand this GAD thingy.

Salam sayang,

HUDA MAHMUD

Shaklee Independent Distributor #928995
H/P no: +60122794197
Email: huda.mahmud@gmail.com

Dah 2 Minggu…

Assalamualaikum,

Dah 2 minggu tak makan B-Complex Shaklee. Withdrawal symptom dah mula terasa. Hari ni betul-betul stress sebab kerja banyak sangat. Tetiba menjelang jam 4 petang mencanak-canak kerja datang. Saya ni bukan boleh bila dalam keadaan macam ni.

Mula la laju je otak berputar sebab saya rasa tertekan nak buat 20 kerja dalam masa 1 jam 30 minit. Mula la hunching my shoulders involuntarily, satu habit separa sedar yang masih terbawa-bawa sejak ada GAD 7 tahun lepas.

Rahang mulut pun mula la rasa ketat. Tutup mulut, sakit rahang, buka mulut pun sakit rahang. Sebabnya? Saya ketap gigi. Salah satu habit yg saya tak sedar saya buat bila dalam keadaa stresa. Lama-lama saya dapat Temporomandibular Disorder atau TMD. Rahang tersangkut. Memang tak boleh buka mulut langsung. TMD ni penyakit kekal. Sekali dah kena, sentiasa ada. Jadi kena kawal stress. Tak boleh anxious sangat sebab dalam tidur pun saya ketap gigi.

Jadi dua ni antara petanda fizikal badan saya tengah stress atau risau melampau. Otak pun tak tenang. Macam kejar sesuatu. Memandu kereta jadi tak fokus sebab otak tengah laju berpusing. Kalau jadi macam ni saya selalu akan pakai alat tally counter di jari dan istighfar & selawat untuk tenangkan hati. Kadang-kadang sampai 300 lebih kali la selagi otak saya tak tenang. Hehe. Bagus juga, dapat pahala free 😄

image

Kesimpulannya, minggu depan gaji kena beli B-Complex ni. Kalau tak, serabut otak, tak boleh tidur, tak boleh fokus & tak tenang. I need calm.

Salam sayang,

Huda Mahmud
SID: 928995
H/p: 012-2794197

When I had GAD

Assalamualaikum,

When I had GAD (General Anxiety Disorder) there was one phase where I was in pain all the time. Any kind of pain. Sometimes its in my leg, sometimes my chest, sometimes in my stomach. Just anywhere. I know now that the physical pain that I felt was actually a manifestation of the stress that was hiding @ inhibiting my mind. And so begin a phase where I will Google everyday the pain that I felt at that time.

For example; Stomach Pain

I will Google for:

“What causes pain on lower right abdomen?”

And when the result came out, I will start to freak out & start to ASSUME that I’m having one of the symptoms listed in that cause of illness. And I will Google some more. And I will freak out even more. Up until a point where I can’t even sleep worrying if I have cancer.

Looking back, I was being ridiculous. But if you have GAD, it is not, because the mind CAN’T STOP worrying. People with anxiety worries beyond logic reason. They can’t stop how they think, assume, worrying & panicking about everything & anything. It’s the chemical in the brain that’s playing havoc in our mind. Not our fault though. Anxiety & depression can happen to anyone, even the most brilliant mind & pious person.

So if you happened to worry more than you should be, maybe you can Google about Anxiety. Read the symptoms. You may have one.

My best friends
C
lick the logo below to purchase your Shaklee supplements to help manage your anxiety & stress.

esell-shaklee-logo

Salam sayang,

Huda Mahmud

SID: 928995

H/P: 012-2794197

P/s: My B-Complex is running on empty. Cross my finger that I’ll be fine until end of January 2015 when I can stock up my supplies

Sekarang Dah Lain…

Assalamualaikum,

Hari ni kena saman dengan DBKL sebab lambat bayar parking. Haha. 😅

Kalau dulu, masa anxiety masih memuncak dalam diri, saya akan risau, resah, gelisah sepanjang hari memikirkan sekeping kertas saman DBKL. Tak boleh nak buat kerja langsung sebab risau dan gelisah yang luar biasa.

Saya akan memikirkan,
“Mana nak cari duit?”
“Kenapa la tak bayar parking tadi?”
“Nanti lambat bayar, kena panggil naik mahkamah!”
“Tak boleh renew lesen kete ni”

Ulang-ulang perkara di atas saya fikir. Dari malam sampai siang. Bila malam tak boleh tidur sebab asyik ulang-ulang je.

Kalau orang biasa, yang takde anxiety, akan kata, “Buat apa nak fikir? Perkara kecik ni. Bayar lambat pun takde hal la”. Tapi tu orang biasa.

Orang yang ada General Anxiety Disorder macam saya ni mempunyai tahap kerisauan yang melampau terhadap semua perkara dalam dunia ni. Ia bukan sebab saya nak jadi begini tapi sebab kimia dalam otak tak seimbang. Semacam aktif memikirkan sesuatu yg belum terjadi dan belum tentu terjadi di masa depan.

Tapi sejak amalkan Shaklee B-Complex, Omega Guard & Ostematrix, minda saya ni agak terkawal. Lebih tenang. Tak frantic macam dulu.

Sekarang ni,
” DBKL saman? Rilek la. Benda dah lepas. Bayar je. Bukan boleh undur masa nak halang DBKL saman”
“Ada duit bayar je saman”
Haha. Eksyen di situ.

Sekarang ni I don’t lose sleep pada sesuatu yang dah pun berlaku, pada sesuatu yang diluar kebiasaan saya, pada sesuatu yang tidak sempurna.

Sekarang saya rasa gembira dengan diri saya sendiri yang berjaya kawal General Anxiety Disorder ni. Alhamdulillah.

Salam sayang,

HUDA MAHMUD
SID: 928995
H/p: 012-2794197