Masa Mula-Mula Makan VIVIX

Assalamualaikum,

Bulan Februari 2015 ni rezeki saya murah la sikit. Jadi berpeluang beli Vivix sebotol. Memang mahal la walaupun harga ahli. Jadi saya beli bila mampu la ye. Masa ni order supplemen lain untuk treat my General Anxiety Disorder – B-Complex & Ostematrix – jadi order sekali la Vivix. Nak tengok kesan dia macam mana (sebenarnya berharap untuk hilangkan mata panda tak cukup tidur)

Vivix, Lecithin, Ostematrix & B-Complex
Vivix, Lecithin, Ostematrix & B-Complex

Pakej dari Shaklee tiba di ofis pada 17 Februari 2015 (boleh refer di sini), Just nice la sebelum Raya Cina. Saya start telan Vivix pada 18 Februari pagi. Sesudu teh cecair Vivix untuk memulakan hari saya.

Hari pertama tu rasa segar je walaupun sebenarnya malam tu tak cukup tidur. Mata panda dah ni. Kalau boleh nak gonyoh je Vivix tu pada lingkaran gelap bawah mata ni.

Hari ke-2 start selesema macam nak kena flu dari bangun tidur sampai la nak tidur.
Mujur juga dah cuti Raya Cina. Tapi risau juga la kalau tak baik sebab esoknya nak jumpa best friends pagi-pagi sarapan bersama! Masa ni tak terfikir pun healing crisis jadi makan ubat juga la. Almaklum saya makan Shaklee dah lama, jadi saya anggap badan dah tune la dengan healing crisis ni. Esok paginya, macam magic, hilang begitu saja simptom-simptom nak selsema.

Masuk hari ke-3 sampai la hari ke-6, fuh! dia punya kesan healing crisis tu…mak aih!
Hebat betul penangan 1 sudu teh Vivix ni. Tak tahan saya dibuatnya!
Cirit-birit non stop. Mujur juga jadi masa tengah Cuti Raya Cina & saya tiada urusan pejabat di luar. Memang tak tidur dibuatnya & memang berlari ke tandas je setiap masa. 3 hari yang penuh siksa. Mula-mula tu asyik terfikir saya ada salah makan ke? Sebab saya jenis tak suka makan luar & memang masak sendiri. Cek-cek takde pun makanan yang saya masak tu da rosak. Sampai cuak juga nak makan la.

Vivix dihantar kepada customer dalam sealed bag
Vivix dihantar kepada customer dalam sealed bag
Isi kandungan pada kotak Vivix
Isi kandungan pada kotak Vivix
Beginilah rupa tutup botol Vivix. Tapi kotak ni kena buka dari bawah kalau nak keluarkan botol sebab kembang bawah
Beginilah rupa tutup botol Vivix. Tapi kotak ni kena buka dari bawah kalau nak keluarkan botol sebab kembang bawah
Ingredient pada botol Vivix
Ingredient yang tertulis pada botol Vivix

Sudahnya, 3 hari tu memang takut nak makan apa-apa. Makan biskut pun rasa nak muntah sebab perut rasa kembung je. Boleh kurus macam ni. Nak makan pun rasa kenyang kadang-kadang tu.

Google la simptom-simptom Vivix & healing crisis, sekali terjumpa blog ni yang menceritakan tentang fakta-fakta healing crisis ni termasuk cirit-birit, kembung perut, selsema, kulit gatal, tidur bermasalah, loya, dan lain-lain. Bagus penyampaian blog ni, simple & mudah dibaca. TQ Tuan Tanah!

Nak tunjuk botol Vivix ni kecik je. Cukup untuk minum@telan 1 sudu kecil sebulan
Nak tunjuk botol Vivix ni kecik je. Cukup untuk minum@telan 1 sudu kecil sebulan

Oh ye, mula dari hari ke-3 tu sampai sekarang saya alami gatal kulit juga. Biji-biji gatal muncul satu badan dan juga alami jangkitan fungus yang menyebabkan ‘ringworm’Mana jangkit pun saya tak tahu. Tapi sejak makan Vivix, jangkitan ‘ringworm’ ni membesar dari cuma satu bintik sebesar ibu jari ke satu jangkitan sebesar tapak tangan!

Risaunya ya Allah! Sebab gatal sangat! Tapi tak la garu sebab sakit. Jumpa Doktor mula-mula bagi krim sapu je sebab ingatkan ruam sebab peluh. Semalam jumpa Doktor, bila tak surut & makin besar, barulah saya tahu ‘ringworm’ rupanya. Doktor bagi makan ubat fungus, ubat gatal & krim untuk matikan fungus. Sambil-sambil tu Vivix telan juga la sebab dalam blog ni kata, Vivix boleh sembuhkan jangkitan kulat pada kulit ni juga. Cuma dalam kes saya ni sebab healing crisis kut, jadi berganda teruknya sebelum baik semula.

Sekarang dah masuk hari ke-8 telan Vivix. Alhamdulillah cirit-birit dah takde. ‘Ringworm’ je tinggal nak handle.
Saya bagitau secara jujur la, untuk 1 sudu teh Vivix sehari ni, kesan healing ciris dia lagi HEBAT dari masa saya mula-mula makan Alfalfa. Cuma saya ni jenis sabar & hadap je sakit-sakit yang timbul jadi tak banyak bunyi.

Memang sesiapa yang baru-baru nak makan supplemen akan lalui fasa ni. Cuma sabar & tabah atau tak je nak lalu. Kalau yang sabar & tabah, tak kira sebulan pun healing crisis, akan dapat hasil yang baik selepas tu. Siapa yang tak tabah, akan stop halfway, dan ‘sakit’ yang sebenarnya healing crisis akan hilang.

So saya nak tengok lepas sebulan ni macamana kondisi badan saya – hilangkah mata panda, nyenyakkan saya tidur & kurangkan general anxiety saya? Ye lah..anti-oksidan yang POWERFUL Vivix ni sebab tu kualiti produk setara harga jadi saya mengharapkan result yang powerful jugalah.

Salam sayang,

HUDA MAHMUD
Shaklee ID: 928955
H/P: 012-2794197
huda.mahmud@gmail.com

What's Your Adventure Today

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s