Anxiety Ni Berbeza-Beza

Assalamualaikum,

Lama tak menulis di sini tapi Alhamdulillah kerana ramai rupanya yg baca blog ni dan berhubung dengan saya untuk mengetahui tentang Anxiety.

Setelah bertahun belajar tentang anxiety, bergaul dengan orang yang ada anxiety, rupanya anxiety ni ada pelbagai jenis. Macam saya lebih kepada General Anxiety Disorder atau singkatannya GAD. Tapi ramai juga yang alami Anxiety Disorder atau singkatannya AD. Ahli keluarga anxiety yang lain adalah Panic Attack (PA), Panic Disorder (PD) & Social Disorder (SD). Kesemua ahli keluarga anxiety ni pulak boleh wujud bersama schizophrenia, bipolar disorder & depression.

Baca perenggan di atas mesti anda yang tiada penyakit ni menganggap kami gila kan? Jangan risau, sakit macam ni adalah sakit alaf baru. Ia tidak berjangkit tetapi ia boleh datang tiba-tiba kepada sesiapa sahaja. Baik orang kaya, miskin, professional, peniaga, makan gaji, sihat tubuh badan, sakit berpanjangan, kanak-kanak, remaja, pelajar U dan lain-lain. Ia bukanlah penyakit gila tetapi sakit yg datang yang berpunca salah satunya dari suasana persekitaran, sakit yang berpanjangan & peristiwa traumatik dalam hidup. Otak kami jadi istimewa sangat sebenarnya yang orang yang tak alaminya tidak dapat memahami.

Bagi orang yang ada AD, simptom-simptom yang mereka alami adalah jantung berdebar laju, sesak nafas, rasa tak puas tarik nafas, nak pitam, menggigil, tangan kaki jadi sejuk, sakit perut, tekak jadi kering & rasa susah nak menelan & badan jadi lembik. Rajah dibawah menggambarkan bagaimana anxiety atau AD ni memberi kesan fizikal pada badan.

image

Kepada penghidap AD, jika anda dah membuat pemeriksaan menyeluruh dengan doktor & didapati normal, ketahuilah apa yang anda alami sebenarnya kesan anxiety dan bukan penyakit yang bukan-bukan seperti yang anda fikirkan seperti yang diterangkan dalam rajah di atas.

Bagaimana orang yang tak alami memahami simptom orang yg AD ni? Mari saya bagi contoh:

Cuba anda berlari laju naik tangga sampai tingkat 4.
Apa yang anda rasa bila tiba di tingkat 4?
Jantung berdegup laju bukan?
Muscle pun keras sebab anda menggerakkan kaki tangan untuk berlari bukan?
Anda rasa putus nafas?
Rasa nak pitam?

OK.

Sekarang, anda cuba alami benda diatas tetapi dalam suasana anda sedang tidur, sedang duduk diam, sedang memandu…

Nah. Itulah orang yang ada AD alami setiap hari. Sakit. Meresahkan. Menakutkan.

Trigger untuk AD ni pelbagai. Tetapi salah satu yang common adalah berkaitan MATI. Baik baca tulisan atau dengar perkataan MATI, ia akan trigger AD mereka. Suara kuat dari TV, orang keliling, gajet, juga boleh mendatangkan AD.

Itulah sedikit sebanyak mengenai AD. Walaupun saya cuma alami GAD, tetapi saya memahami simptom mereka kerana saya ramai sahabat yang ada AD.

Klik logo di bawah untuk pelaburan kesihatan dengan Shaklee untuk membantu mengawal anxiety & stress anda.

esell-shaklee-logo

Salam sayang,

HUDA MAHMUD
SHAKLEE Independent Distributor: 928995
H/p: 012-2794197
Email: huda.mahmud@gmail.com

What's Your Adventure Today

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s