Sekarang Dah Lain…

Assalamualaikum,

Hari ni kena saman dengan DBKL sebab lambat bayar parking. Haha. 😅

Kalau dulu, masa anxiety masih memuncak dalam diri, saya akan risau, resah, gelisah sepanjang hari memikirkan sekeping kertas saman DBKL. Tak boleh nak buat kerja langsung sebab risau dan gelisah yang luar biasa.

Saya akan memikirkan,
“Mana nak cari duit?”
“Kenapa la tak bayar parking tadi?”
“Nanti lambat bayar, kena panggil naik mahkamah!”
“Tak boleh renew lesen kete ni”

Ulang-ulang perkara di atas saya fikir. Dari malam sampai siang. Bila malam tak boleh tidur sebab asyik ulang-ulang je.

Kalau orang biasa, yang takde anxiety, akan kata, “Buat apa nak fikir? Perkara kecik ni. Bayar lambat pun takde hal la”. Tapi tu orang biasa.

Orang yang ada General Anxiety Disorder macam saya ni mempunyai tahap kerisauan yang melampau terhadap semua perkara dalam dunia ni. Ia bukan sebab saya nak jadi begini tapi sebab kimia dalam otak tak seimbang. Semacam aktif memikirkan sesuatu yg belum terjadi dan belum tentu terjadi di masa depan.

Tapi sejak amalkan Shaklee B-Complex, Omega Guard & Ostematrix, minda saya ni agak terkawal. Lebih tenang. Tak frantic macam dulu.

Sekarang ni,
” DBKL saman? Rilek la. Benda dah lepas. Bayar je. Bukan boleh undur masa nak halang DBKL saman”
“Ada duit bayar je saman”
Haha. Eksyen di situ.

Sekarang ni I don’t lose sleep pada sesuatu yang dah pun berlaku, pada sesuatu yang diluar kebiasaan saya, pada sesuatu yang tidak sempurna.

Sekarang saya rasa gembira dengan diri saya sendiri yang berjaya kawal General Anxiety Disorder ni. Alhamdulillah.

Salam sayang,

HUDA MAHMUD
SID: 928995
H/p: 012-2794197

What's Your Adventure Today

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s