Kisah Viralnya Overnight Oats

Assalamualaikum.

Kali ni saya nak bercerita pasal Overnight Oats yang sedang viral dan trending di kalangan rakan-rakan FB dan ahli keluarga saya. Err..saya la tu yang menghasut diaorang untuk cuba dengan post Instagram saya hari-hari.

Asalnya saya sedang berdiet, dan salah satu pelan makanan adalah snek. Snek dalam pelan diet Mat Saleh ni selalunya muesli, nuts, fruits, yoghurt, etc. Sambil browse health practitioners punya Instagram asyik la nampak pasal Overnight Oats. Tengok senang je buat. Dari situ tergerak la hati untuk buat, dah alang-alang beli barangan makanan diet lain kan.

Bila Google resepi, senang je buat. Saya suka resepi yang sekejap, tak perlu masak & sedap. Saya guna resepi yang ni.

image

Inilah bahan-bahan yang saya guna.

image

image

Dan taraa….ini antara hasil Overnight Oats saya.

image

Saya menghasilkan 2 jenis overnight oats.
Yang pertama; strawberry, dark chocolate, kismis, apple & ESP Soy Energizing Protein Powder
Yang kedua; pisang, peanut butter & Meal Shake.
Yang saya sebut ni adalah inti Overnight Oats saya. Asasnya saya guna Quaker Quick Cooking oats campur dengan susu, madu, serbuk kayu manis & yoghurt tanpa perisa.

image

image

Apabila hari-hari saya update pasal overnight oats di Instagram lama-lama rakan-rakan pun terpengaruh. Ahli keluarga apatah lagi. Semua pakat buat. Alhamdulillah. Benda baik kita kongsi dan sebar-sebarkan supaya orang yang kita sayang dapat hidup dengan sihat insya’Allah.

Salam sayang,

Huda Mahmud
Shaklee ID No.: 928995
H/p No.: 012-2794197 (SMS / WhatsApp / Telegram ONLY)

What's Your Adventure Today

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s