Anxiety: Bukan Perkara Mudah

 

Assalamualaikum,

Orang yg ada anxiety ni, bukanlah perkara yang mudah untuk diatasi. Ia tak semudah kalau kita hadap stress kerja, yang bila balik rumah jumpa keluarga, stress pun hilang. Anxiety ni lebih dari tu. Dia semacam satu perasaan negatif yang berterusan untuk tempoh yang lama DAN AMAT-AMAT MEMBERI KESAN PADA FIZIKAL kita.

Orang yag ada anxiety ni akan rasa:

  1. Berdebar-debar setiap masa sampai rasa macam sakit jantung tu.
  2. Resah (irritated) dengan semua benda
  3. Tak boleh fokus pada kerja. Boleh hadap komputer 7-8 jam sehari tapi bukan buat kerja pun.
  4. Rasa sakit-sakit badan terutamanya bahu, sakit kepala, selsema / flu setiap minggu.
  5. Rasa letih terlampau sangat sampaikan tido 25jam pun belum tentu hilang letih tu.
  6. Takde mood nak masak ke, nak enjoy ke, nak beraktiviti sama keluarga ke, yang pasti nak tidor & tidor & tidor
  7. Perkara-perkara negatif sentiasa berulang-ulang dalam kepala walaupun peristiwa tu dah berlalu 10 hari yang lepas. Orang ada anxiety ni akan ulang tayang dalam kepala dia & fikir “What could be done for a better outcome?”. Membazir masa je kan sebab benda dah berlalu. Sebab ni lah yang menyebabkan orang ada Anxiety sampai satu tahap dia tak boleh tidur. Insomnia.

Inilah sedikit sebanyak apa yang orang ada Anxiety rasa. Bagi yang tak pernah alami, mungkin tak faham, tapi percayalah Anxiety ni bukan sekadar apa yang dirasa dalam minda, tetapi ia dirasai betul-betul secara fizikalnya.

Sebab tu sampai satu tahap, bila dah teruk sangat, kami perlukan ubat @ supplement untuk interven, untuk kami berfungsi, bekerja, untuk hidup.

Betul, baca Al-Qur’an, berzikir, banyakkan solat sunat boleh mendatangkan ketenangan, tetapi percayalah, orang yang ada Anxiety ni bila buat semua tu, dia buat macam robot. Khusyu’ tu takde sebab minda tengah resah, jantung berdebar-debar (sampai ada orang kata kena gangguan jin), tak boleh nak fokus dan macam-macam lagi la. Sebab tu ubat @ supplement sangat-sangat membantu kami. Baru boleh bertenang & buat amalan-amalan sunat dengan khusyu’.

Jadi pada orang-orang yang serupa macam kami, yang alami macam kami, usah bertangguh minta bantuan. Lagi lama dibiarkan lagi melarat dan boleh membawa kepada kemurungan. Believe me, you don’t want to be there.

Salam sayang,

HUDA MAHMUD

Shaklee ID.: 928995

H/P no: 012-2794197 (SMS / WhatsApp / Telegram)

P/s: B-Complex 2 biji sehari adalah SANGAT-SANGAT PERLU untuk orang anxiety ambil setiap hari. Efek dia sangat best! Trust me.

Advertisements

What's Your Adventure Today

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s