Anxiety, Stress, Depress…

Assalamualaikum,

 

Orang yang stress, ada anxiety & depression (kemurungan) bukan mudah nak sembuh. Ini penyakit psikologi yang sebenarnya memberi kesan pada keadaan fizikal badan. Kalau setakat demam, batuk, resdung mungkin mudah mencari penawarnya & cepat sembuh. Tapi bagi orang yang macam kami, penawarnya tidak mudah (walaupun tidak susah) dan bergantung kepada MASA.

 

Macam saya, 6 tahun saya stress dengan kerja. 6 tahun juga bermacam penyakit saya dapat secara fizikal. Kemuncaknya adalah bila saya anxiety. Kalau saya takde anxiety mungkin saya tak sedar saya stress sebenarnya. Kenapa saya tak minta bantuan masa saya stress dulu? Sebab saya seronok dengan kerja saya, jadi saya merasakan stress adalah parts & parcels of life. Tidak saya sedari sebenarnya ia menyebabkan saya sakit.

 

Bila dah ada anxiety ni, it comes & goes. But it will be there always. Sebab tu siapa yg ambik ubat Xanax, dia akan sangat dependent on the drugs. Walaupun ia tidak baik untuk jangkamasa panjang, tapi siapa larat kalau berhari-hari tak tidur malam gara-gara anxiety. Xanax tu membantu hilangkan our desperation.

 

Bila saya bertukar ke supplemen, saya dapati nak kawal anxiety ni memang kena makan supplement setiap hari. Tak boleh miss seminggu dan resume. Miss 3 hari pun dah terasa lainnya. Mungkin kerana our brain chemical dah berubah (teori saya sahaja) maka certain levels of vitamins dalam badan kita mudah deplete. Jadi kena sentiasa top-up dengan supplements untuk otak kita berfungsi dengan tenang (pandai je la teori saya ni kan. Haha)

 

wpid-20131009_070053.jpg wpid-20130823_110313.jpg

 

 

2 supplemen Shaklee di atas ni adalah supplemen WAJIB saya yang minima. Takde supplemen lain takpe, asalkan 2 ni sentiasa ada – B-COMPLEX & OSTEMATRIX.

Ostematrix membantu sangat saya mendapat tidur yang lena & mengurangkan kadar kekerapan terjaga masa tidur. Kalsium & magnesium dalam Ostematrix adalah elemen terpenting yang membantu kami yg ada anxiety ni tidur. Kalau tak, otak ligat berputar tanpa boleh di-switch off untuk tidur. Letih.

B-Complex pula membantu kami ni bertenang. Vitamin B5 & B6 membantu penghasilan hormon endorfin dalam badan, hormon yang buat kita happy. Orang anxiety ni tend to think too much! Too much for their own good sebenarnya. Tu yg kadang-kadang tak boleh buat kerja sebab buat kerja A, fikir kerja B, buat kerja B fikir kerja C. Sudahnya semua kerja tak selesai. So B-Complex ni bantu kami bertenang & rileks.

 

Depress @ Kemurungan

Saya tak pernah depress yang teruk. Cuma saya pernah merasa satu perasaan di mana saya sedih yang amat. Saya rasa saya berada dalam satu lubang yang saya tak jumpa jalan keluar. Mujur juga masa tu saya baru grad & belum bekerja. Lama tak lama saya berperasaan begini, 4 bulan juga la. Orang kata bila depress ni mungkin sebab gangguan Syaitan. Mungkin ada benarnya sebab bila kita tertekan & layan perasaan tak sudah-sudah memang Syaitan pun masuk lubang juga la kan.

Anyway, saya berubat cara kampung juga la masa tu sebab memang ada gangguan yg mungkin kebetulan dengan perasaan tertekan saya tu.

Teruk ke depression saya? Tak tahu nak describe macamana tapi saya rasa tak bermaya, tak bersemangat, nak duduk rumah tak nak keluar, tak nak jumpa orang, termenung sepanjang hari, duduk tak buat kerja apa-apa & hanya melayan perasaan, tidur cuma 3 jam sehari kerana layan perasaan dan rasa macam duduk dalam lubang gelap yg tiada jalan keluar. Macam patung bernyawa.

Selalunya orang kata banyakkan baca Quran & solat sunat untuk atasi masalah ni, tapi bagi saya ia tak cukup. Orang yg ada depression kena dapatkan medical attention. Sebab ni masalah psikologi. Perlu juga bantuan sains untuk baik. Alhamdulillah sejak episod tu saya kini ok, mungkin sebab minor je pun. Tapi sejak tu la saya cepat stress! Haha..alhamdulillah juga semua kini dalam kawalan.

Terima kasih Allah kerana memberi ilham pada saya untuk membeli Shaklee in the first place to treat my stress & anxiety.

Kini saya berkongsi kisah saya dengan anda yg mungkin hadapi masalah yang serupa macam saya. Moga entry yang tidak seberapa ini dapat memberi panduan pada anda.

 

Jika anda berminat nak dapatkan produk – produk Shaklee di atas ni, anda boleh klik DI SINI.

Insya’Allah dijamin pembelian anda selamat kerana anda berurusan terus dengan Shaklee.

 

Salam sayang,

 

HUDA MAHMUD
SID no: 928995
012-2794197
huda.mahmud@gmail.com

What's Your Adventure Today

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s