Drama Hari Ini

Assalamualaikum,

Orang yg ada anxiety ni kan, sikit kekecohan pun dah drama jadinya. Can’t help it! Kita ni kan anxious jiwanya. Pagi-pagi cun dah saya pergi kerja. Jam 7.57pg dah masuk ofis. Sambil tunggu waktu ofis mula jam 8.30pg saya syok la sarapan pagi dengan nasi lemak beli dari makcik yg jual kat simpang jalan.

Anyway, halfway thru morning kan  saya dapat la email dari seseorang yg mengajak join PELABURAN INTERNET (kena caps sebab ia berbeza dari perniagaan internet). Saya email balik kata haram sebab orang tu kata ada “jaminan pulangan 4%”. Dalam Islam, pelaburan yg ada jaminan bonus/pulangan walaupun nilai dia 0.001% ia tetap HARAM kerana ia dah jatuh ke pinjaman riba’. Info lanjut boleh rujuk ke laman web Zaharuddin.net.

So we exchange emails la debat pasal ni. Dia kata tak salah, saya kata haram. Well, kalau dulu saya akan bagi hujah habis-habis sebab tak nak kalah. Plus saya memang tahu dari bacaan saya hukum pelaburan internet adalah haram. Memang drama la saya ni. Or makna lain, I create drama. Haha. Tapi sejak amalkan B-Complex ni saya rilek sikit. Takde la mata buntang, nafas tertahan-tahan, muka merah ready je nak sembur peluru ilmu. Haha..ok I’m exagerating.

Lagipun I don’t want to waste my time explaining to people yg tak nak dengar kan. Dia nak teruskan pelaburan haram tu biarlah. At least saya dah bagitau. Last email exchange tu dia kata, “Orang lain sembang guna FB dan medium lain, kita guna email”. Saya balas balik, “FB & others boleh delete, archive in emails can last for years”. Well, saya doakan Allah sentiasa membimbing dia.

Drama ke-2 pagi tadi pasal client projek saya. Sebenarnya dah 2 hari dah drama ni. Masuk hari ni hari ke-3. Nak cite panjang sangat, tp the gist is saya rasa orang client tu menipu bos dia. Sudahnya bos dia marah bos saya. Bos saya suruh siasat at the source. Apa yang saya sampaikan pada bos adalah tepat. Tapi bos client tu tetap tuduh bos saya tipu. Hai laaa..saya orang Islam takde faedah menipu. Buat dosa je. Kalau saya salah saya cakap je. Kalau bohong lagi menjerut leher. Tapi sebab hari ni tak sempat ambik B-Complex memang drama la jiwa ni. Nak-nak baru lepas berdebat pasal pelaburab internet. Mujur la tak sampai tahap fanatim obses hangi  satu badan nak explain sampai detail kan. Mujur la sedar diri yg I don’t need to waste my time & effort on some things.

Drama ke-3 apa pula eh?

Rasanya takde kut. Bagi orang yg takde anxiety mungkin rasa kecik je masalah-masalah macam ni. Tapi bagi kami, sometimes kalau left untreated, benda-benda macam ni la yang buat tak tidur malam sebulan.

Salam sayang,

HUDA MAHMUD
012-2794197

P/s: Berjaya detox sehari dari buka FB. Bukan apa, saya rasa macam addicted to internet je.

What's Your Adventure Today

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s