I Can’t Sleep

I think my anxiety is back after having it under control for nearly a year.

Maybe because I had a relapse in my vitamin intake for the past week so the stress hormone levels are out of control.

It’s 4.30am here in Malaysia and I have been wide awake since 2.00am.

*Sigh*

I really need this sleep.
Pray to God that I can sleep.

Susah Bila Ada Anxiety

Assalamualaikum,

Susah bila dah ada anxiety ni. Sebabnya simptom dia adalah suatu yg secara peribadi org yg hidap tu tak boleh nak kawal sendiri. Perlukan bantuan luar – ubat seperti Xanax, supplemen atau terapi.

Yg tak pernah ada anxiety mungkin agak sukar nak faham apa yg kami lalui. Tapi saya boleh describe sikit-sikit kat bawah ni:

1. Tak boleh tidur.

Ni memang sesuatu yg AMAT KETARA. Kadang-kadang kalau takde medication or supplemen boleh tak tidur langsung sepajang malam. Dah nak Subuh tu baru nak tidur. Susah macama ni sebab dah nak.kena bangun pergi kerja!

Apa sebenarnya yg menyebabkan kami tak boleh tidur ni? Sebabnya otak kami TAK BOLEH BERHENTI BERFIKIR. Rasa macam betul-betul.je otak ni ligat berputar. Tak boleh nak berhenti sampai saya kadang-kadang saya menjerit ke otak saya, “Diamlah!!!”. Rasa macam bodoh je jerit ke otak sendiri. But that’s how desperate I was.

2. Sakit-sakit badan.

Yg ni salah satu simptom orang yg anxiety ada. Sentiasa sakit-sakit badan sebab org anxiety ni sentiasa tense. Dia tak boleh nak rilekskan badan dia. Bila dah lama sangat anxiety, kadang-kadang tak sedar pun badan sendiri tense. Tahu-tahu je at the end of the day rasa sakit badan. Mula la cari koyok. Saya sentiasa simpan bekal Salonpas kat rumah & dalam henbeg supaya hilang segera sakit-sakit badan ni.

3. Tak boleh fokus.

Memang kalau dah ada anxiety ia akan sedikit sebanyak menganggu kerja (jika anda berkerja lah) sebab tak boleh fokus ke suatu apa pun yg kita buat. Tengah buat satu kerja, teringat benda lain terus tinggalkan kerja tu begitu je dan buat kerja lain tu. Berulang-ulang sampai akhirnya takde suatu pun yg siap.

4. Termenung

Saya dulu banyak termenung. Lagi-lagi kalau lepas kena tegur dengan Bos. Bukan apa, dalam otak tu asyik replay apa yg bos cakap dan apa yg saya patut buat sebenarnya. It doesn’t go anywhere pun sebab apa yg saya dok ulang tayang dalam kepala adalah in the past. Tapi anxiety ni buat seolah-olah saya macam stuck in a time warp.

5. Tak boleh bangun pagi.

Memang rasa lemau sangat-sangat nak bangun pagi. Kalau boleh tak nak bangkit langsung dari tempat tidur. Nak termenung je di tempat pembaringan sepanjang hari sebab letih sangat. Takde tenaga langsung nak bangkit dari katil.

6. Tak bermaya & letih melampau.

Anxiety ni menyebabkan kami penghidapnya berasa letih yg teramat sangat. Saya dulu pukul 8 mlm dah nak tidur walhal kerja siang hari tu kat ofis saja. Takde keluar mana-mana pun. Bila baring kul 8malam, mata pejam tapi otak ligat berputar sampai la kul 3pg.

Kul 3-6pg baru la tidur. Itupun tidur-tidur ayam je. Sejam sekali terjaga. Dah siang jadi letih. Jd bila cycle ni berulang-ulang memang letih. Hujung minggu dapat tidur siang pun tak selesai masalah ni.

7. Kerap Terjaga Bila Tidur.

Ni la salah satu kenapa kami penghidap anxiety tak lena tidur dan sentiasa letih. Korang bayangkan lah setiap jam tidur tu terjaga. Dah la tidur pun tak cukup. Memang tidur lena dan berkualiti tu satu nikmat yang tak terhingga. Dapat tidur satu hari sampai bermimpi pun rasa syukur sangat-sangat.

Memang orang yg tak pernah alami begini akan pandang remeh, tapi cuba sebulan hingga setahun korang tak lena tidur, tak boleh tidur. Barulah korang akan hargai nikamt tidur.

Oklah, sampai sini dulu. Kita sambung lagi di next posting ye.

Salam sayang,

HUDA MAHMUD
SID: 928995
H/P: 012-2794197