Healing Crisis Vita-C Plus…

Assalamualaikum,

3 hari saya senyap tanpa apa-apa posting di FB Page  MY VITAMINS ADVENTURE sebab selsema & demam selesema yang agak teruk juga la.

Sebenarnya dah seminggu lebih selsema mungkin kerana suhu yang sejuk, badan tak boleh adapt walhal travel 2 minggu ke negara-negara sejuk setiap 2 tahun tak pulak selesemanya jadi lah selsema. Dah selesema tu saya pun apa lagi, SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS la jawapannya! Penyembuhan secara natural untuk meningkatkan antibodi melawan virus-virus selsema. Hari-hari setiap pagi saya akan ambil 2 biji Vita-C. Satu saya telan secara ‘whole’ dan satu lagi saya patah dua. Ok juga la sebab pagi je selesema dalam sejam dua. Lepas tu baik lah. Tapi malam bila sejuk saya selsema semula, so saya telan lagi dua biji Vita-C Plus. Jadi 4 biji kesemuanya setiap hari selama seminggu.

 

Sustained Release Vita-C Plus yang amat-amat murah
Sustained Release Vita-C Plus yang amat-amat murah

Agaknya la kan, mungkin disebabkan healing crisis Vita-C plus ni, lepas seminggu makan 4 biji, terus demam. Demam flu @ demam selsema. Dah la tengah meeting pagi tu. Memang cepat-cepat saya habiskan (mujur juga saya yg chair meeting) & tengahari memang saya balik rumah la untuk tidur. Saya memang tak tahan kalau demam flu ni sebab mata berair, selsema & asyik bersin. Telinga pun rasa berdengung. Anak tekak pun dah bengkak. Petang tu ambik lagi 2 biji Vita-C Tapi bila malam tak baik-baik juga nak tak nak terpaksa la makan ubat selsema, sebab selagi tak tidur selagi tu asyik selsema & bersin-bersin.

Alhamdulillah, bangun Sabtu pagi dah ok.

Semua hilang, anak tekak bengkak pun hilang. Selalunya kalau saya makan ubat selsema & sakit tekak pun, paling kurang 3 hari baru ok. Ni 24 jam dah ok. Hee..seronok sangat sebab selesa dah hidung..haha.

Bila saya cakap kat kawan-kawan saya makan 4 biji Vita-C diaorang kata overdose kut, tapi saya pernah terbaca kat laman web pasal vitamin C, maksimum kita boleh ambik adalah 2000mg. Lebih-lebih nanti cirit. Alhamdulillah takde pulak saya cirit birit. So memang saya alami healing crisis Vita-C Plus ni. Dulu-dulu memang mudah sangat saya kena flu sampai Dr pun diagnose saya ada SINUSITIS. Ubat batuk, selesema & sakit tekak memang teman baik la. Masa tu memang takde terfikir pun nak pilih natural healing ni. Kalau ye pun, air panas madu campur lemon. Tapi sebab lambat nak baik, saya rimas ok dengan runny nose ni saya pilih ubat-ubatan.

Dan sejak 3 hari ni saya perasan kulit muka makin cerah, dengan permulaan nya kulit muka mengelupas halus. Jadi saya top up dengan minum air banyak-banyak untuk mempercepatkan proses pelembapan kulit. Moisturizer saya guna pun cuma Olay Total Effect (dah 10 tahun guna) & Garnier Oil Control Whitening Cream (dah 5 tahun guna) Kulit muka, alhamdulillah makin kurang berminyak di bahagian T. Bedak muka memang saya tak pakai sejak setahun ni. Au-naturale la katakan..:D

Kesimpulannya, banyak juga kelebihan Vitamin C ni. Jadi siapa yang nak kuatkan antibodi, nak cerahkan kan kulit boleh la beli. Sebotol pun RM92.50 (harga retail tak termasuk kos pos). Dengan 180 biji sebotol, memang boleh tahan sampai 4 bulan kalau makan sebiji sehari. Nak harga mesra alam, harga sedara-mara boleh hubungi saya eh..

Daa…

Salam sihat uolls,

HUDA MAHMUD
0122794197
huda.mahmud@gmail.com

What's Your Adventure Today

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s