Nak Berbisnes Biarlah Betul Langkahnya

Assalamualaikum,

Tahun 2014 ni memang tahun semua benda keperluan asas naik harga. Ada yang sangat-sangat terkesan & ada yang tak. Yang sangat-sangat terkesan adalah orang yang berpendapatan RM6000 kebawah dan mempunyai anak-anak yang bersekolah.

Sungguh! Yuran sekolah awal tahun pun berhabis RM2000 – RM4000. Kalau orang yang gaji RM3000? Tak dapat saya bayangkan macamana perbelanjaan harian. Nak tak nak kena la cari sumber pendapatan tambahan – kerja sambilan atau berniaga (offline & online)

Yang saya nak cerita adalah berniaga online.

Ye saya ada kerja tetap, tetapi saya juga berniaga online. Memang tak pernah terniat atau terlintas di hati pun nak berniaga online tapi Shaklee ni memang menarik perhatian saya la. Saya pula jenis malas nak kena ada modal besar baru nak berniaga. Selalu berangan ada tak bisnes yang boleh dimulakan bawah RM100. Rupanya ada… Dr. Azizan Osman pun kata nak berniaga boleh je bermula dengan modal yang kecil asalkan niat berbisnes tu sebab nak bantu ramai orang. Dah nak mula berbisnes bagi saya biarlah betul langkah pertamanya supaya tak hilang minat & hilang fokus.

Bagi saya bisnes Shaklee ni mudah. Mudah sangat. Sebab apa? Sebab ni la:

  1. MODAL YANG RENDAH – anda boleh mula berbisnes dengan Shaklee dengan menjadi ahli. Yuran ahli pun RM65/75 seumur hidup. Kalau anda beli barang dari rakan anda yang juga pengedar Shaklee sebanyak RM600 lebih, anda dah boleh jadi ahli secara percuma. Pelan perniagaan Shaklee pun mudah. Takde berbelit-belit pakej itu ini untuk jadi ahli & beli barang.
  2. PRODUK UNTUK SEMUA – produk-produk Shaklee ni bermacam-macam. Saya simpulkan kepada 3 bahagian – supplemen & vitamin, skincare & haircare dan pencuci rumah. Supplemen & vitamin Shaklee memang ada untuk semua – lelaki, perempuan, tua, muda & kanak-kanak. Takde siapa yang tertinggal. Nak cuci rumah dengan produk biodegradable pun ada sebab Shaklee ni sentiasa ‘Hijau’.
  3. PRODUK YANG SELAMAT – Saya tak paham kenapa ada sesetengah produk di pasaran perlu Insuran Produk bernilai juta-juta jadi saya ambil inisiatif untuk siasat. Rupanya Insuran Produk ni adalah untuk menanggung sebarang tuntutan yang dibuat oleh pembeli kepada pengeluar kerana kerosakan atau kecederaan yang didapati dari guna produk tu. Shaklee memang takde la sebabnya, produk dia dah jalani ratus ribu kajian. Setipa tahun pun ada kajian lagi. Review pasal produk pun keluar di peer review journal. Bukan sebarang journal entahapapa. Ini menunjukkan Shaklee adalah bertanggungjawab terhadap produk dia sebab tu sanggup keluar jutaan dollar amerika untuk buat research.
  4. SISTEM ONLINE – Shaklee dah ada sistem online untuk belian barang. Takde dah kena call Home Office atau email order ke Home Office Shaklee untuk dapatkan barang. Dengan sistem online ni memang boleh bisnes 24 jam. Delivery pun Shaklee caj RM10 sekali hantar. Tak kira berapa banyak barang la. Tapi rugi kalau order satu barang (in my personal opinion la ye), jadi baik kumpul dan order.
  5. GRUP BISNES YANG BETUL – Haa..yang ni penting sangat! Kalau masuk salah group memang anda rugi. Sebabnya bisnes online ni memang perlukan mentor & support group 24 jam 7 hari seminggu. Ye lah..Shaklee ni bisnes MLM ye. Jangan kata saya tak bagitau pulak. Grup yang betul la yang akan buatkan kita ni ‘grounded’ @ sedar diri bila berbisnes. Macam saya join grup yang betul sebab selalu ditekankan bisnes adalah untuk tolong orang, bukan nak kaya semata-mata. Dan percaya tak, grup yang betul juga akan memberi bimbingan dari segi rohani. Tak percaya? Cuba join saya la..nanti anda akan tahu. Believe me, sejak mula berbisnes ni saya buat amalan-amalan sunat yang sebelum ni saya tak pandang langsung. Awal-awal dulu rasa macam terpaksa, now sukarela. Kalau tinggal rasa tak selesa..ewah..macam pantun pulak.
  6. ONLINE COACHING – Grup saya ni semua online. Coaching pun online – FB & WhatsApp. Seriously, anda tak perlu keluar rumah pun untuk berbisnes. Duduk rumah jaga anak, atau tengah masak pun boleh coaching tau. Just kena ada smartphone or tablet or PC la. Sambil baring susukan anak or tidurkan anak-anak pun boleh coaching or layan order customer. Dah berlalu dah zaman kena jumpa customer malam-malam, meeting dengan grup memalam. Suami pun senang hati ye dak, isteri tak abaikan dia walaupun berbisnes kerana keperluan rumahtangga tetap terjaga. Lagipun Shaklee adalah bisnes keluarga. Tak percaya? Cuba pergi Home Office Shaklee, anda akan lihat mak bapak datang beli barang dengan anak-anak sampai orang luar ingat ada daycare pulak di Empire Subang tu.
  7. UNTUNG SETIAP BULAN – Bisnes Shaklee ni tekankan penjualan produk lebih dari cari ahli atau head hunting. Kalau jual banyak dapat la untung banyak. Kalau takde jual apa-apa, tak dapat apa la. Untung bonus pulak dapat setiap bulan, tengah bulan. Haa..masa ni waktu sesak memang berguna sangat la bonus Shaklee ni. Tapi nak dapat bonus besar, usaha pun kena besar. Paling best, upline tak dapat percent pun dari pendapatan Shaklee anda. Adilkan? Shaklee bukan MLM yang makan duit atas usaha orang bawah.

Itu je la kut sebab-sebab saya nak berbisnes, saya join grup yang betul. Mudah & tak pening kepala. Untung pun dapat. Kalau anda nak tahu lebih lanjut pelan perniagaan Shaklee ni boleh la PM saya. Nak WhatsApp pun boleh. Saya sedia bantu anda. Eh bukan, saya sedia bantu anda mendapat pendapatan sampingan dengan cara Shaklee yang mudah & straightforward. Tahun gawat ni saya tak nak tambah beban anda memikirkan pelan perniagaan mana nak pilih, nak kena kuarkan lagi duit modal yang besar, nak kena jumpa customer di luar..tak payah semua tu. Ini zaman teknologi dihujung jari. Anda cuma sediakan hati yang kental, semangat juang yang tinggi & buku nota.

Salam sihat,

HUDA MAHMUD
0122794197
huda.mahmud@gmail.com

One thought on “Nak Berbisnes Biarlah Betul Langkahnya

What's Your Adventure Today

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s