Healing Crisis – Bertabahlah!

Assalamualaikum,

Healing crisis atau krisis penyembuhan akan dilalui hampir semua yang mengambil produk Shaklee. Hanya segelintir sahaja yang OK. Mungkin kerana asalnya badan mereka pun dah sihat.

Krisis penyembuhan ni selalunya dilalui dalam tempoh seminggu, sebulan & paling lama 3 bulan.

Kenapa berlaku krisis penyembuhan ni?

Ia berlaku kerana penyesuaian badan sedang berlaku dengan supplemen yang diambil. Simptom-simptom yang berlaku kelihatan seolah-olah seperti penyakit asal tetapi ia sebenarnya bukan. Ia adalah tindakbalas badan kita apabila tubuh yang kekurangan khasiat dibekalkan dengan nutrisi dengan mengejut!

Oleh kerana sudah bertahun-tahun (malah berpuluh tahun mungkin) badan kita penuh dengan toksin – sisa-sisa, makanan berkimia, lemak dan stress ditambah dengan diet tak seimbang, kurang tidur, pengambilan antibiotik & ubat-ubatan – maka supplemen ni bertindak untuk detoks yakni buang segala benda-benda toksin ni dari badan kita.

Oleh kerana ia bertindak pantas & badan kita pula seolah-olah tak dapat kejar untuk buang toksin yang bertimbun ni, maka muncullah krisis penyembuhan ni.

Secara mudah saya boleh cakap krisis penyembuhan ni umpama baju yang dibasuh dalam mesin basuh.

Cuba anda bayangkan anda adalah baju-baju yang dibasuh dalam mesin. Mesti rasa pening kena pusing-pusing, lepas tu ditambah bahan pencuci yang pahit & berbuih-buih, lepas tu dilemaskan dalam air yang banyak. Bila spin tu mesti rasa mabuk kan..tapi bila mesin basuh berhenti je, anda, baju-baju ni, keluar dalam keadaan wangi & bersih!

Healing Crisis umpama dibasuh dalam mesin basuh. Masuk kotor, keluar bersih!
Healing Crisis umpama dibasuh dalam mesin basuh. Masuk kotor, keluar bersih!

Maka begitu lah juga krisis penyembuhan ni.

Nasihat saya, bertabahlah! Kerana fasa ini akan berlalu. Yakinlah produk supplemen Shaklee ni semua semulajadi & tiada bahan kimia didalamnya.

Kerana saya juga telah lalui fasa-fasa ini dahulu & akan lalui sekali lagi jika saya mencuba produk supplemen Shaklee yang baru. Ia menandakan badan saya belum sihat sepenuhnya.

Sebab itu kenapa bila anda beli sahaja supplemen Shaklee semua distributor akan menasihati anda untuk minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari kerana air akan ‘flush out’ semua toksin dengan cepat & melembapkan sel badan kita. Agak sukar bagi yang hanya minum air masak 2 cawan sehari, tetapi percayalah, untuk anda sihat anda perlu berkorban. Kesihatan kita ni kena jaga kerana badan kita ini cuma satu & tiada spare part jika rosak.

Salam sayang & salam sihat,

HUDA MAHMUD
0122794197
huda.mahmud@gmail.com

One thought on “Healing Crisis – Bertabahlah!

What's Your Adventure Today

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s