Healing Crisis Vita-C Plus…

Assalamualaikum,

3 hari saya senyap tanpa apa-apa posting di FB Page  MY VITAMINS ADVENTURE sebab selsema & demam selesema yang agak teruk juga la.

Sebenarnya dah seminggu lebih selsema mungkin kerana suhu yang sejuk, badan tak boleh adapt walhal travel 2 minggu ke negara-negara sejuk setiap 2 tahun tak pulak selesemanya jadi lah selsema. Dah selesema tu saya pun apa lagi, SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS la jawapannya! Penyembuhan secara natural untuk meningkatkan antibodi melawan virus-virus selsema. Hari-hari setiap pagi saya akan ambil 2 biji Vita-C. Satu saya telan secara ‘whole’ dan satu lagi saya patah dua. Ok juga la sebab pagi je selesema dalam sejam dua. Lepas tu baik lah. Tapi malam bila sejuk saya selsema semula, so saya telan lagi dua biji Vita-C Plus. Jadi 4 biji kesemuanya setiap hari selama seminggu.

 

Sustained Release Vita-C Plus yang amat-amat murah
Sustained Release Vita-C Plus yang amat-amat murah

Agaknya la kan, mungkin disebabkan healing crisis Vita-C plus ni, lepas seminggu makan 4 biji, terus demam. Demam flu @ demam selsema. Dah la tengah meeting pagi tu. Memang cepat-cepat saya habiskan (mujur juga saya yg chair meeting) & tengahari memang saya balik rumah la untuk tidur. Saya memang tak tahan kalau demam flu ni sebab mata berair, selsema & asyik bersin. Telinga pun rasa berdengung. Anak tekak pun dah bengkak. Petang tu ambik lagi 2 biji Vita-C Tapi bila malam tak baik-baik juga nak tak nak terpaksa la makan ubat selsema, sebab selagi tak tidur selagi tu asyik selsema & bersin-bersin.

Alhamdulillah, bangun Sabtu pagi dah ok.

Semua hilang, anak tekak bengkak pun hilang. Selalunya kalau saya makan ubat selsema & sakit tekak pun, paling kurang 3 hari baru ok. Ni 24 jam dah ok. Hee..seronok sangat sebab selesa dah hidung..haha.

Bila saya cakap kat kawan-kawan saya makan 4 biji Vita-C diaorang kata overdose kut, tapi saya pernah terbaca kat laman web pasal vitamin C, maksimum kita boleh ambik adalah 2000mg. Lebih-lebih nanti cirit. Alhamdulillah takde pulak saya cirit birit. So memang saya alami healing crisis Vita-C Plus ni. Dulu-dulu memang mudah sangat saya kena flu sampai Dr pun diagnose saya ada SINUSITIS. Ubat batuk, selesema & sakit tekak memang teman baik la. Masa tu memang takde terfikir pun nak pilih natural healing ni. Kalau ye pun, air panas madu campur lemon. Tapi sebab lambat nak baik, saya rimas ok dengan runny nose ni saya pilih ubat-ubatan.

Dan sejak 3 hari ni saya perasan kulit muka makin cerah, dengan permulaan nya kulit muka mengelupas halus. Jadi saya top up dengan minum air banyak-banyak untuk mempercepatkan proses pelembapan kulit. Moisturizer saya guna pun cuma Olay Total Effect (dah 10 tahun guna) & Garnier Oil Control Whitening Cream (dah 5 tahun guna) Kulit muka, alhamdulillah makin kurang berminyak di bahagian T. Bedak muka memang saya tak pakai sejak setahun ni. Au-naturale la katakan..:D

Kesimpulannya, banyak juga kelebihan Vitamin C ni. Jadi siapa yang nak kuatkan antibodi, nak cerahkan kan kulit boleh la beli. Sebotol pun RM92.50 (harga retail tak termasuk kos pos). Dengan 180 biji sebotol, memang boleh tahan sampai 4 bulan kalau makan sebiji sehari. Nak harga mesra alam, harga sedara-mara boleh hubungi saya eh..

Daa…

Salam sihat uolls,

HUDA MAHMUD
0122794197
huda.mahmud@gmail.com
Advertisements

Anda Sukar Tidur? Anda Mudah Terjaga?

Assalamualaikum,

Ubat tidur semulajadi - OSTEMATRIX
Ubat tidur semulajadi – OSTEMATRIX

Sebulan lamanya saya terputus bekalan OsteMatrix ni. Dan sebulan lamanya saya tidur tak lena & mudah terjaga. Saya semenjak mengalami stress melampau selama 6 tahun hingga ada ‘anxiety’ @ keresahan, saya dapati saya sukar tidur lena. Tidur la lama mana pun, memang saya akan tetap letih bila bangun pagi. Cuma tidur di rumah mak saya je saya lena habis. Tak tahu kenapa mungkin ada ‘hantu tidur’ kut kat rumah tu. Haha! Saya tidur tu boleh dikatakan ‘deep sleep’ saya cuma 30% je dari 6-8 jam tidur. Selimut terkalih saya terjaga, bunyi kereta lalu saya terjaga, senang cite asyik terjaga la.

Bila saya kaji-kaji (saya kuat buat research) saya dapati kemungkinan masalah ni adalah disebabkan oleh kekurangan ‘magnesium’. Simptom kekurangan magnesium adalah seperti berikut:

  1. Sukar tidur.
  2. Kerap terjaga bila tidur
  3. Kerap kencing
  4. Kerap kejang kaki
  5. Sejuk kaki & tangan
  6. Kerap lenguh bahu & tangan

Jika anda ada masalah seperti diatas, kemungkinan besar anda kekurangan magnesium tapi simptom paling utama adalah kekurangan tidur atau sukar tidur.

Magnesium adalah penting untuk ‘GABA recoptor’ yang wujud di seluruh permukaan otak & saraf badan kita. Apa benda ni? Ia adalah ‘neurotransmitter’ yang menenangkan yang amat-amat diperlukan oleh otak kita untuk ‘switch off’. Kalau takde GABA ni, memang otak kita akan rasa ‘tense’, otak sentiasa berfikir & sudahnya kita baring sambil renung siling. Tak tidur-tidur pun..

Solusi untuk lena tidur nampak mudah kan? Cuma telan je 4 biji OSTEMATRIX sebelum tidur, kerana ia mengandungi 100mg magnesium oxide, gluconate & citrate.

Bila dah dapat stok OsteMatrix ni saya lega sangat-sangat kerana akhirnya saya dapat tidur lena. Minda saya tenang, badan saya pun rileks je nak tidur. Takde la rasa ‘tense’.

Jadi kepada anda diluar sana yang alami masalah serupa dengan saya, saya sarankan cubalah OsteMatrix ni. Alhamdulillah berkesan untuk saya. Insya’Allah berkesan untuk anda juga.

UPDATE: Kini anda boleh dapatkan OSTEMATRIX ni dengan klik DI SINI untuk pembelian anda. Insya’Allah dijamin selamat kerana anda berurusan terus dengan Shaklee

Salam sihat,

HUDA MAHMUD
SID: 928995
huda.mahmud@gmail.com

Nak Berbisnes Biarlah Betul Langkahnya

Assalamualaikum,

Tahun 2014 ni memang tahun semua benda keperluan asas naik harga. Ada yang sangat-sangat terkesan & ada yang tak. Yang sangat-sangat terkesan adalah orang yang berpendapatan RM6000 kebawah dan mempunyai anak-anak yang bersekolah.

Sungguh! Yuran sekolah awal tahun pun berhabis RM2000 – RM4000. Kalau orang yang gaji RM3000? Tak dapat saya bayangkan macamana perbelanjaan harian. Nak tak nak kena la cari sumber pendapatan tambahan – kerja sambilan atau berniaga (offline & online)

Yang saya nak cerita adalah berniaga online.

Ye saya ada kerja tetap, tetapi saya juga berniaga online. Memang tak pernah terniat atau terlintas di hati pun nak berniaga online tapi Shaklee ni memang menarik perhatian saya la. Saya pula jenis malas nak kena ada modal besar baru nak berniaga. Selalu berangan ada tak bisnes yang boleh dimulakan bawah RM100. Rupanya ada… Dr. Azizan Osman pun kata nak berniaga boleh je bermula dengan modal yang kecil asalkan niat berbisnes tu sebab nak bantu ramai orang. Dah nak mula berbisnes bagi saya biarlah betul langkah pertamanya supaya tak hilang minat & hilang fokus.

Bagi saya bisnes Shaklee ni mudah. Mudah sangat. Sebab apa? Sebab ni la:

  1. MODAL YANG RENDAH – anda boleh mula berbisnes dengan Shaklee dengan menjadi ahli. Yuran ahli pun RM65/75 seumur hidup. Kalau anda beli barang dari rakan anda yang juga pengedar Shaklee sebanyak RM600 lebih, anda dah boleh jadi ahli secara percuma. Pelan perniagaan Shaklee pun mudah. Takde berbelit-belit pakej itu ini untuk jadi ahli & beli barang.
  2. PRODUK UNTUK SEMUA – produk-produk Shaklee ni bermacam-macam. Saya simpulkan kepada 3 bahagian – supplemen & vitamin, skincare & haircare dan pencuci rumah. Supplemen & vitamin Shaklee memang ada untuk semua – lelaki, perempuan, tua, muda & kanak-kanak. Takde siapa yang tertinggal. Nak cuci rumah dengan produk biodegradable pun ada sebab Shaklee ni sentiasa ‘Hijau’.
  3. PRODUK YANG SELAMAT – Saya tak paham kenapa ada sesetengah produk di pasaran perlu Insuran Produk bernilai juta-juta jadi saya ambil inisiatif untuk siasat. Rupanya Insuran Produk ni adalah untuk menanggung sebarang tuntutan yang dibuat oleh pembeli kepada pengeluar kerana kerosakan atau kecederaan yang didapati dari guna produk tu. Shaklee memang takde la sebabnya, produk dia dah jalani ratus ribu kajian. Setipa tahun pun ada kajian lagi. Review pasal produk pun keluar di peer review journal. Bukan sebarang journal entahapapa. Ini menunjukkan Shaklee adalah bertanggungjawab terhadap produk dia sebab tu sanggup keluar jutaan dollar amerika untuk buat research.
  4. SISTEM ONLINE – Shaklee dah ada sistem online untuk belian barang. Takde dah kena call Home Office atau email order ke Home Office Shaklee untuk dapatkan barang. Dengan sistem online ni memang boleh bisnes 24 jam. Delivery pun Shaklee caj RM10 sekali hantar. Tak kira berapa banyak barang la. Tapi rugi kalau order satu barang (in my personal opinion la ye), jadi baik kumpul dan order.
  5. GRUP BISNES YANG BETUL – Haa..yang ni penting sangat! Kalau masuk salah group memang anda rugi. Sebabnya bisnes online ni memang perlukan mentor & support group 24 jam 7 hari seminggu. Ye lah..Shaklee ni bisnes MLM ye. Jangan kata saya tak bagitau pulak. Grup yang betul la yang akan buatkan kita ni ‘grounded’ @ sedar diri bila berbisnes. Macam saya join grup yang betul sebab selalu ditekankan bisnes adalah untuk tolong orang, bukan nak kaya semata-mata. Dan percaya tak, grup yang betul juga akan memberi bimbingan dari segi rohani. Tak percaya? Cuba join saya la..nanti anda akan tahu. Believe me, sejak mula berbisnes ni saya buat amalan-amalan sunat yang sebelum ni saya tak pandang langsung. Awal-awal dulu rasa macam terpaksa, now sukarela. Kalau tinggal rasa tak selesa..ewah..macam pantun pulak.
  6. ONLINE COACHING – Grup saya ni semua online. Coaching pun online – FB & WhatsApp. Seriously, anda tak perlu keluar rumah pun untuk berbisnes. Duduk rumah jaga anak, atau tengah masak pun boleh coaching tau. Just kena ada smartphone or tablet or PC la. Sambil baring susukan anak or tidurkan anak-anak pun boleh coaching or layan order customer. Dah berlalu dah zaman kena jumpa customer malam-malam, meeting dengan grup memalam. Suami pun senang hati ye dak, isteri tak abaikan dia walaupun berbisnes kerana keperluan rumahtangga tetap terjaga. Lagipun Shaklee adalah bisnes keluarga. Tak percaya? Cuba pergi Home Office Shaklee, anda akan lihat mak bapak datang beli barang dengan anak-anak sampai orang luar ingat ada daycare pulak di Empire Subang tu.
  7. UNTUNG SETIAP BULAN – Bisnes Shaklee ni tekankan penjualan produk lebih dari cari ahli atau head hunting. Kalau jual banyak dapat la untung banyak. Kalau takde jual apa-apa, tak dapat apa la. Untung bonus pulak dapat setiap bulan, tengah bulan. Haa..masa ni waktu sesak memang berguna sangat la bonus Shaklee ni. Tapi nak dapat bonus besar, usaha pun kena besar. Paling best, upline tak dapat percent pun dari pendapatan Shaklee anda. Adilkan? Shaklee bukan MLM yang makan duit atas usaha orang bawah.

Itu je la kut sebab-sebab saya nak berbisnes, saya join grup yang betul. Mudah & tak pening kepala. Untung pun dapat. Kalau anda nak tahu lebih lanjut pelan perniagaan Shaklee ni boleh la PM saya. Nak WhatsApp pun boleh. Saya sedia bantu anda. Eh bukan, saya sedia bantu anda mendapat pendapatan sampingan dengan cara Shaklee yang mudah & straightforward. Tahun gawat ni saya tak nak tambah beban anda memikirkan pelan perniagaan mana nak pilih, nak kena kuarkan lagi duit modal yang besar, nak kena jumpa customer di luar..tak payah semua tu. Ini zaman teknologi dihujung jari. Anda cuma sediakan hati yang kental, semangat juang yang tinggi & buku nota.

Salam sihat,

HUDA MAHMUD
0122794197
huda.mahmud@gmail.com

Nak Kurus?

Assalamualaikum,

Dalam produk supplemen Shaklee ada dua supplemen utama yang memang anda perlukan untuk kurus atau turunkan berat badan.

1. Protein Powder

Apa kelebihan protein powder ni?

» Tambah tenaga
» Pertumbuhan otot
» Bentuk badan yang menarik
» Meningkatkan kadar metabolisma badan.

ESP adalah supplemen Shaklee yang terdiri dari protein powder. Nama penuh dia pun Soy Protein Isolate Powder. Protein adalah salah satu dari 3 komponen nutrien yang diperlukan badan kita. Protein berasal dari perkataan Greek, ‘Of Prime Importance’. See? Penting tu protein. Ini kerana protein adalah bahan binaan badan manusia. Ia digunakan dalam pembentukan tisu & otot kita. Ia diperlukan untuk membina sel kita.

Pengambilan protein dapat meningkatkan kadar metabolisma badan kita. Oleh kerana protein adalah lebih aktif kadar metabolismanya berbanding karbohidrat & lemak, maka proses pembakaran protein memerlukan 30% lebih kalori dari karbohidrat & lemak.

Bagaimanapun dalam kehidupan kita yang agak ‘fast pace’ sekarang ni, agak sukar untuk kita mendapat sumber protein yang berkualiti & mencukupi. Di sinilah protein powder memainkan peranan. Campurkan dengan minuman kegemaran anda & wallah! Anda akan dapat protein yang mencukupi dengan minuman yang lazat. Protein membantu membina otot anda dengan membakar lemak.

2. Meal Replacement Powder

Apa kelebihan meal replacement powder?

» Menjamin nutrisi yang sempurna
» Pertumbuhan otot
» Pertambahan tenaga
» Peningkatan kadar metabolisma

Secara dasarnya badan kita memerlukan nutrisi untuk membesar, lebih banyak kalori kita ambil, lebih tinggi kadar pembesaran. Bagaimanapun, agak sukar untuk kita mendapat semua nutrisi yang diperlukan dengan makan 3 kali sehari walaupun makan dengan banyak. Kajian juga mendapati badan kita serap nutrisi lebih baik jika kita pecahkan pengambilan kalori harian kita kepada 4 – 6 kali makan (hidangan kecil) berbanding 3 kali makan (hidangan besar). Ini meletakkan badan kita dalam keadaan anabolik (membina) kerana lambakan nutrisi yang tetap (constant)

Malangnya agak sukar untuk kita makan 4 – 6 kali sebab kita agak sibuk. Nak sediakan hidangan yang berkhasiat perlukan masa yang tidak semua orang ada. Jadi cara mudah untuk atasi masalah ini adalah meal replacement powder.

Produk Shaklee yang menjadi meal replacement powder adalah Cinch Shake Mix. Mudah je nak makan. Cuma bancuh dengan air masak, susu atau air yoghurt. Lagipun ada 3 perisa – Cafe Latte, Chocolate & Vanilla. Ambil Cinch Shake Mix ni ganti makan tengahari atau makan malam.

Meal replacement powder ni secara umum mengandungi nutrisi yang optimum yang diperlukan badan. Ia adalah tinggi protein (36gm/hidangan), karbohidrat minimun & rendah lemak. Tambahan pula ia tinggi vitamin & mineral. Jadi Cinch Shake Mix adalah langkah mudah tanpa perlu kita membuang masa & duit dalam usaha untuk mengurangkan berat badan dengan makanan.

image

Jadi anda yang nak kurangkan berat badan boleh memilih antara 2 produk Shaklee ni, ESP atau CINCH SHAKE MIX, bergantung pada bajet anda.

Salam sihat,

HUDA MAHMUD
0122794197
huda.mahmud@gmail.com

OSTEMATRIX Pun Ada Healing Crisis

Assalamualaikum,

Saya makan Ostematrix ni dah lama la juga. Mula-mula ambil tu sebab nak atasi masalah sukar tidur atau tidur tak lena. Tidur sekejap je dah terjaga semula. Lama-lama badan pun letih. Iye lah, siang waktu kerja jadi mengantuk sangat. Kita pun jadi malas sebab mood nak kerja tu takde.

image

Masa mula-mula ambil Ostematrix 4 biji terus kena healing crisis. Bahu kiri saya sakit sangat sampai saya rasa nak menangis je. Memang sejak dulu bahu kiri saya ada masalah iaitu akan rasa lenguh setiap bulan jika saya stress. Makan Salonpas memang jadi teman setia saya. Sentiasa ada dalam beg. Sakit lenguhnya tu sampai tak boleh angkat tangan. Jadi makan Ostematrix ni, kalsium & magnesium akan membaiki otot yang rosak. Dalam hal ni bahu saya lah jadi mangsa..hehe..tapi sekejap je. Seminggu dah hilang.

Tapi kan…ada satu masalah lain pulak yang timbul. Saya jadi mengantuk sangat-sangat di siang hari. Memandu pergi dan balik kerja pun saya boleh terlelap. Bahaya tu! Walhal kan masa ni saya memang dah ambil Alfalfa, Vitalea, B-Complex & Lecithin. Intake air pun minima 2 liter jadi sepatutnya saya tak rasa pun lesu & mengantuk. Masa ni saya ambil Ostematrix 4 biji waktu malam sebab nak atasi masalah sukar tidur tu.

Bila kerap pula saya terlelap tengah memandu saya tukar pengambilan Ostematrix di waktu siang pula. Malangnya, masalah mengantuk saya tidak berkurangan pula. Sebaliknya saya jadi segar pula di waktu malam! Susah lah macam ni sebab saya bekerja, perlu waktu tidur yang amat-amat berkualiti supaya kerja saya tidak terjejas. Walaupun saya kurangkan dos ke 2 biji dari 4, masalah healing crisis ni masih berterusan. Ini menandakan saya memang alami masalah tidur yang kronik.

Memandangkan kerja saya lebih utama & saya perlu berada di tahap kesihatan yang optimum maka saya ambik keputusan untuk berhenti ambil Ostematrix. Lama juga saya berhenti, sebulan.

Selepas sebulan saya buat keputusan untuk ambik semula Ostematrix ni. 2 biji di waktu siang sahaja. Lama-lama bila badan saya dah serasi, healing crisis pun tiada, tidur pun lena, saya makan 4 biji waktu malam. Lama juga baru saya sampai tahap ni. Sebulan lamanya baru saya OK dengan Ostematrix ni.

Alhamdulillah, saya memang suka Ostematrix ni. Bukan sahaja ia memberi tidur yang lebih lena & berkualiti, tetapi juga memulihkan otot saya dengan cepat lepas eksesai. Takde lagi masalah otot keras lepas eksesais. Lagi satu, Ostematrix ni melembutkan najis & bila bergabung dengan Alfalfa memang superb la. Setiap pagi buang air besar. Haha. 😀

Ok, tu saja la pengalaman saya dengan Ostematrix. Apa pula pengalaman anda?

Salam sihat,

HUDA MAHMUD
0122794197
huda.mahmud@gmail.com

Set-Set Gabungan Hebat dengan ALFALFA COMPLEX

Assalamualaikum,

Bulan Januari ni memang rancak la promosi Shaklee beli 6 percuma 1 untuk produk ‘signature’ Dr Shaklee sendiri iaitu ALFALFA COMPLEX. Baik botol kecik (330 tablet) atau botol besar (700 tablet), 2-2 tengah promosi ni. Jimat la kalau beli banyak sekaligus.

Ok, ALFALFA COMPLEX ni boleh digabungkan dengan supplemen Shaklee yang lain untuk fungsi-fungsi mengikut keperluan anda. Macam saya ni kan, saya ambik semua tau! Haha..tapi bukan la sebab nak memenuhi keperluan set-set ni.

Yang pasti saya mula-mula ambik ALFALFA COMPLEX + LECITHIN sebab nak kurus. Overweight tahap obes kelas 1 dah dulu wei..macam dugong. Hehe. Lepas tu ada bajet lebih sikit tamba ESP. Ha! Yang ni memang set slimming bajet la = ALFALFA COMPLEX + LECITHIN + ESP. Tidak la pula saya ambik sebab nak set menyusu ye pembaca sekalian. Tapi oleh kerana terbaiknya produk Shaklee ni maka set ALFALFA COMPLEX + ESP boleh juga dijadikan set menyusu tu! Jimat duit ko Senah!

Tapi ALFALFA + B-COMPLEX ni saya ambik sebab nak detoks untuk kurus & juga sebab nak kurangkan stress (happy pill la katakan). Tak sangka pulak gabungan dua ni boleh jadi set resdung. Saya memang ada resdung sejak dulu tapi terasa la sejak ada 2 ni memang tak pernah lagi resdung atau bersin pagi-pagi atau flu. Alhamdulillah OK!

Set-set ISTEIMEWA untuk anda dengan gabungan ALFALFA COMPLEX
Set-set ISTEIMEWA untuk anda dengan gabungan ALFALFA COMPLEX

Saya juga ambik OMEGA GUARD untuk kurus (saya ni semua nak cuba sebab nak kurus punya pasal), jadi bila bergabung dengan ALFALFA COMPLEX ni boleh la jadi set untuk gout. Eh, tapi saya takde gout la ye. OMEGA GUARD ni salah satu fungsinya selain dari mencairkan lemak dia mengurangkan inflamasi. ALFALFA COMPLEX pula untuk menurunkan tahap asid urik dalam badan yang menyebabkan gout tu.

GLA COMPLEX saya ambik bergabung dengan ESP sebenarnya. Nak dapatkan kulit cantik pulak. Memang dapat kulit canti, halus, lembut je. Rupa-rupanya ada hikmah saya ambik GLA COMPLEX ni sebab saya ada cyst yang tidak disedari sehingga ia pecah & menyebabkan saya kena emergency operation. Gabungan ALFALFA COMPLEX + GLA COMPLEX ni adalah sesuai untuk wanita yang mengalami masalah kesuburan. Untuk lelaki set lain pulak iaitu Zink & Vita-E.

Dan…produk terbaru yang saya cuba adalah VITA-C PLUS. Ni pun sebab nak kulit cantik, halus, lembap & cerah. Nak cuba COLLAGEN POWDER belum berkemampuan. Jadi cuba je dulu yang murah sikit. Rupa-rupanya memang sesuai jadi set kulit bila digabungkan dengan ALFALFA COMPLEX ni.

Haa..banyakkan saya makan supplemen ni. Apa nak buat, badan ni satu je yang nak dijaga. Kalau rosak mana ada spare part boleh dibeli.

Jadi kalau ibu-ibu, bapa-bapa, kakak-kakak, abang-abang, adik-adik nak cuba set-set istimewa ni boleh hubungi saya ye. Saya sedia memberi khidmat nasihat yang terbaik buat anda semua Insya’Allah.

Salam sihat & jangan lupa ORDER Shaklee dengan saya,

HUDA MAHMUD
0122794197
huda.mahmud@gmail.com

Masa Mula-Mula Makan ALFALFA

Assalamualaikum,

Saya nak bercerita di sini masa saya mula-mula makan ALFALFA COMPLEX. Masa tu tak tanya pun upline saya macamana nak makan walaupun dah jadi ahli jadi saya terus je ikut arahan pada botol yang tulis 10 biji sehari.

Saya macam what?? 10 biji?? Banyaknya!

wpid-20130412_084218.jpg

wpid-20130412_084225.jpg


wpid-20130412_084231.jpg

Anyway, saya ikut je lah arahan sebab upline pun tak kata apa & saya pun tak bertanya.

Masa tu saya makan ALFALFA beberapa hari sebelum ke Terengganu walimah sepupu. Terkejut badan saya agaknya sampai migraine hari pertama. Ok la, ingatkan memang migraine seperti biasa. Masa ni minum air tak banyak sangat sebab upline tak bagitau pun masa ambik VITALEA & B-COMPLEX tu. Jadi saya assume sama je la kan sebab B-COMPLEX & VITALEA takde pun healing crisis ni.

Saya dah pelik dah sebab migraine saya selalunya trigger dia samada angin atau stress. Jarang disebabkan oleh makanan. Pulak tu saya seharian migraine. Lepas bangun tidur esoknya masih migraine lagi. Sudahnya 3 hari straight saya migraine tanpa henti. Masa ni saya dah dalam perjalanan ke Terengganu, seksanya la rasa. So saya Whatsapp upline saya tanya memang migraine ke makan ALFALFA COMPLEX ni?

Dia dah agak saya akan tanya macam ni sebab dia tahu akan ada healing crisis kalau mula-mula cuba ALFALFA COMPLEX. Dia cadangakan untuk kurangkan dos sebab 10 tu memang terlampau banyak untuk 1st timer makan. Dan minum banyak air! 2-3 liter sehari kerana ALFALFA ni herba yang bersifat ‘panas’ macam jamu juga la kekdahnya.

So sejak tu terus saya cutback intake ALFALFA dari 10 biji ke 3 biji sehari & minum banyak air. Terus hilang migraine..pheww..lega. Selepas tu saya slowly increase intake ALFALFA berminggu-minggu sampai lah akhirnya saya boleh makan 10 biji sehari. Yang bestnya ALFALFA ni memang dia cuci usus. Seminggu dua pertama tu najis memang warna hitam la. Saya ingat masa amalkan detox dengan Juvanex dulu macam tu juga. Jadi terbukti ALFALFA COMPLEX ni berkesan untuk detox usus kita dari toksin yang telah menyerap dalam badan kita.

Tenaga badan ok lepas makan ALFALFA ni, badan pun takde berbau bila berpeluh. Tapi healing crisis ni lambat juga nak hilang sebab ALFALFA ni. Lepas dah tak migraine, jerawat-jerawat halus pulak naik kat dahi. Tapi saya konsisten minum air 2-3 liter sehari sampai la hilang jerawat-jerawat ni. Sebulan juga la.

Jadi saya tak risau sangat kalau selepas anda consume ALFALFA anda rasa nak demam, sakit tekak, timbul jerawat-jerawat, tahi hitam, sakit sendi dan lain-lain sakit sebabnya itu adalah tanda-tanda healing crisis. Boleh rujuk entri saya tentang healing crisis di sini

Insya’Allah anda akan okay. Paling lewat pun 3 bulan kerana itulah tempoh maksimum badan kita untuk pulih.

Tetapi harus diingati, orang yang ada SLE tidak boleh makan ALFALFA kerana dikhuatiri akan memburukkan lagi keadaan SLE nya.

Ok sekian dulu perkongsian saya pasal ALFALFA & jumpa lagi.

HUDA MAHMUD
0122794197
huda.mahmud@gmail.com