IMPIAN TERCAPAI : BERLARI!

Assalamualaikum,

Sudah seminggu berlalu rupanya sejak saya masuk Putrajaya Night Marathon 2013 pada Sabtu 19/10/2013. Tarikh larian itu juga sebenarnya 2 bulan selepas saya operation apendiks & ‘ruptured cyst’ (akan saya cerita nanti).

Sebelum tu risau juga sebab takut merasa sakit sebab tak pasti dah benar-benar sembuh atau tidak..tapi dalam 2 bulan selepas operation tu memang saya amalkan pengambilan Shaklee untuk mempercepatkan penyembuhan.

Ok, back to marathon.
Mula-mula daftar marathon atas galakkan adik saya yang sudah setahun lebih babitkan diri. Dia kata “Ala..masuk je yang 5km..ada je yang jalan kaki kalau tak larat nak berlari”. Dengan kata-kata ini saya daftarkan diri (masa ni belum.lagi kena emergency operation tu)

Sehari sebelum marathon tu saya ukur jalan sebab nak tahu 5km tu jauh mana..memang jauh! Dah terdetik dalam hati “Boleh ke ni?”. Di malam marathon tu saya lihat ramai nya orang! Pelbagai bangsa & bentuk badan. Gemuk, obese, kurus & fit..dewasa, kanak-kanak, orang tua. Menurut adik saya tahun ni dah ramai orang Melayu libatkan diri dengan aktiviti marathon ni berbanding tahun lepas.

Sejam sebelum berlari tu saya minum PERFORMANCE ORANGE, supaya badan saya kekal hydrate & semua otot-otot mendapat electric impulse yg mencukupi untuk bergerak. Masa dilepaskan untuk berlari, wah, semangat! Tapi di sini ada satu kesilapan yg saya buat…makan. 2 jam sebelum berlari saya lapar jadi makan makanan pedas. Bila berlari tu, alamak! pedih ulu hati! Sepatutnya saya minum ESP atau CINCH SHAKE MIX untuk menahan lapar tu.

Sudahnya berlari 1km & selang berjalan berlari lagi 4km. Sejam baru habis..hehe..pertama kali kan. Sampai je garisan penamat, terus sambar botol PERFORMANCE ORANGE saya. Bila minum tu memang hydrate terus. Takde rasa haus memanjang. Letih pun hilang terus. Beza bila minum 100Plus, masih terasa haus. Kena minum banyak-banyak.

Tiba di garisan penamat dapat medal & sijil penyertaan. Alhamdulillah, saya berjaya tamatkan marathon yang pertama saya..Impian akhirnya tercapai. Selepas ni memang ada future marathon yang saya join. Bulan November 2013 ni ada lagi satu 5km walkathon.

image

Anda mempunyai impian yang serupa tapi rasa tak fit untuk bermarathon? Usah risau, anda pasti boleh. Saya boleh tolong anda, insya’Allah sebab saya sudah merasa keseronokannya.

Salam sihat,

HUDA MAHMUD
012-2794197

What's Your Adventure Today

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s