THE POWER OF SYUKUR

Assalamualaikum,

Sejak mengahadiri seminar Dr. Azizan Osman: Intensif Jutawan Industri 2013 pada 27-29 September 2013 di PWTC, saya mendapat semangat baru dalam berbisnes. Saya seperti tersedar berbisnes BUKAN KERANA DIRI SENDIRI tetapi saya berbisnes UNTUK KEBAIKAN ORANG LAIN.

Satu konsep yang amat dekat & terkesan di hati saya adalah THE POWER OF SYUKUR. Yakni kita seharusnya bersyukur SETIAP HARI tanpa berkira kerana banyak yang telah ALLAH S.W.T kurniakan kepada kita.

Cuba kita senaraikan 10 perkara yang kita bersyukur kita dapat setiap hari & insya’Allah Tuan Tuan & Cik Puan akan beroleh lebih dari apa yang disenaraikan. Mudah bukan? Mari kita cuba:

10 PERKARA YANG SAYA BERSYUKUR HARI INI:

  1. Saya bersyukur masih mempunyai pekerjaan
  2. Saya bersyukur masih dapat berjalan dengan kaki yang kuat
  3. Saya bersyukur kerana mampu untuk berfikir
  4. Saya beryukur kerana mampu memandu ke tempat kerja
  5. Saya bersyukur kerana masih boleh menjamah makanan & minuman
  6. Saya bersyukur kerana mampu melihat wajah anak-anak & suami/isteri
  7. Saya bersyukur kerana masih ada orang yang menyayangi saya
  8. Saya bersyukur kerana mempunyai duit walaupun cuma RM5.
  9. Saya beryukur kerana ada orang sudi membaca posting ini.
  10. Saya bersyukur kerana saya mampu untuk berkongsi dengan anda sedikit sebanyak ilmu yang saya perolehi.

Saya rasa Tuan Tuan & Cik Puan ada banyak perkara yang disyukuri bukan? Cuba senaraikan dan lihat perubahan yang berlaku dalam diri masing-masing. Kelak kita akan melihat masalah besar dalam hidup hanya sebesar kuman kerana SYUKUR itu besar impaknya dalam hidup kita.

Bersyukur setiap hari
Bersyukur setiap hari

Salam sayang & syukur nikmat,

HUDA MAHMUD
0122794197

What's Your Adventure Today

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s