Turning Point Kenapa Saya Pilih Shaklee

Assalamualaikum,

Hari ini saya bersyukur sangat kepada Allah kerana akhirnya saya memperolehi kesihatan yang amat baik, kesihatan yang memungkinkan saya bekerja lebih baik & kesihatan yang membolehkan saya membantu orang lain yang alami masalah yang serupa. Kerjaya saya sangat ‘hectic’. Setiap hari jadual kerja saya tidak sama. Ada ketika hari-harinya saya hanya duduk di pejabat dan ada ketikanya 3 hari berturut-turut saya ada mesyuarat, site inspection & project submission bukan sahaja di Lembah Klang tetapi di Port Dickson & Seremban! Malah mileage kereta saya sehari mesti 150km sebab saya banyak berjalan. Jadi kesihatan yg baik amat saya perlukan untuk lebih produktif.

6 tahun dahulu saya tidak begini. Setiap tahun sepanjang 6 tahun lepas saya mendapat penyakit yang kerap setiap bulan, penyakit yang jarang didengari orang & penyakit yang saya sendiri tak pernah dapat sebelum ini. Dahulu saya kerap Flu & migrain setiap minggu tanpa gagal! Sebulan saya akan MC 2 kali sebab 2 penyakit ini. Oo..sangat tidak produktif.

Selepas tu ada satu tahun tu saya dapat TMD atau dikenali sebagai TEMPORO MANDIBULAR DISORDER. Apa benda ni? Ia adalah penyakit atau kesakitan yang berlaku apabila rahang mulut kita ‘tersangkut’ @ ‘locked jaw’ dimana rahang saya tidak boleh terbuka melebihi lebar 1 jari! Ala..mesti anda fikir tak sakit kan? Oh tidak! Amat sakit sehingga telinga saya berdengung. Akibat TMD ni Doktor bagi saya MC satu minggu kerana ia berpendapat saya kerap ketap gigi kerana stress. Oh ye, TMD kini kekal pada saya. Ini bermakna jika saya gagal mengawal stress saya akan alami ia semula.

Saya juga pernah mendapat penyakit FIBROMYALGIA. Apa pulak ni? Semua penyakit tak pernah dengar ni Huda. Ini adalah penyakit saraf di mana satu sendi badan kita sakit tetapu tidak diketahui punca sakit itu di mana. Bayangkan, setiap pergerakan yang saya lakukan amat sakit. Bangun dari katil, sakit. Bangkit dari kerusi, sakit. Turun dari kereta, sakit. Nak duduk atas kerusi, sakit. Pendek kata semua sakit. Saya alami FIBROMYALGIA ni berbulan-bulan lamanya dan pada ketika ini saya menjaga projek seluas 200 ekar dan bekerja 7 hari seminggu dari jam 7.30 pagi hingga 10.00 malam tanpa cuti. Saya tidak tahu bagaimana ia hilang tetapi saya nekad fibromyalgia ni mesti hilang sebelum saya ke New Zealand. Alhamdulillah ia hilang dengan perubahan diet saya.

Pada tahun ini saya masalah tidur. Saya tidak dapat tidur lena selama sebulan. Masuk tidur seawal jam 9.30 malam dan bangkit jam 6.00 pagi pun, saya tidak lena. Saya letih setiap kali bangkit tidur. Saya letih sampai nak buat kerja di rumah pun letih. Di pejabat produktiviti saya menurun kerana saya teramat-amat letih. Sampai satu tahap, apabila saya tak tahan tak lena tidur, saya berjumpa dengan Doktor. Dan saya disahkan alami ‘anxiety’. Saya diberi Xanax oleh Doktor untuk bantu saya tidur. Apa itu Xanax? Ia drug penenang yang sangat kuat. Saya ambil sebiji sahaja dan saya tidak boleh bangkit tidur hampir 16 jam! Saya tidak berani teruskan dengan Xanax, jadi saya cuba Rilax. Supplemen semulajadi yang dikatakan dapat membantu saya lena tidur yang boleh dibeli di mana-mana farmasi. Tetapi saya tidak lah dapat result yang saya hendak. Saya masih alami masalah susah tidur, sukar lena & cepat letih.

Hinggalah suatu hari saya terlihat kawan saya (upline saya kini) bercerita tentang supplemen Shaklee di FB. Saya PM dia dan cerita tentang masalah saya. Hasil dari konsultansi itu ternyata saya alami stress melampau dan dia mencadangkan 2 produk asas supplemen untuk saya cuba iaitu B-COMPLEX & VITA-LEA. Alhamdulillah! Dalam masa 2 bulan sahaja saya memperoleh kesihatan yang lebih baik, saya lebih bertenaga & yang PALING PENTING anxiety @ kegelisahan saya hilang! Saya jadi lebih cergas untuk masak & kemas rumah walaupun saya sampai rumah cuma jam 7 malam. 2 produk Shaklee inilah yang menjadi ‘turning point’ dalam hidup saya kerana ia membuat saya gembira.

image

Kini saya masih bersama Shaklee, malahan membantu orang lain yang alami masalah yang serupa seperti saya untuk mengatasinya. Sudah berbulan saya tiada flu, migrain, demam apatah lagi & pelbagai penyakit pelik. Alhamdulillah sangat-sangat kerana saya kini dapat ‘hidup’. Saya dapat nikmati hidup tanpa sakit. Saya sangat suka memberi konsultansi kepada orang lain yang alami masalah yang serupa kerana jika ia membantu menambah nilai sihat dalam hidup orang lain maka ia adalah satu kepuasan bagi saya kerana saya faham sangat PENYAKIT FIZIKAL kemungkinan DISEBABKAN OLEH STRESS

Anda nak sihat mental, fizikal & emosi boleh komen di bawah atau PM saya.

HUDA MAHMUD
0122794197

SID: 928995 | WhatsApp: 0122794197

What's Your Adventure Today

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s